fbpx

Lebai recond, jangan jual dan tunggang agama!

Detective Scrut
in Media Review
Dec 10 ·

Sebenarnya inilah cerita yang paling awal dibawa dan didebatkan kepada kami. Inilah teguran paling awal dan tekanan paling awal kami terima.

TEKANAN MENGGUNAKAN AGAMA!

Uncle A : “Korang berdua buat macam ni, kesian salesman-salesman, broker-broker, dan dealer-dealer nak cari makan. Diorang buat salah, biarlah diorang jawab dengan tuhan. Korang buat macam ni, tak berdosa ke? Kalau ada yang sampai tak boleh cari makan? Berdosa juga korang menzalimi diorang.”

Uncle B : “Agama ajar suruh tutup aib, bukan buka aib. Tuhan dah tutup aib mereka selama ni, biarlah mereka jawab depan tuhan nanti. Kita doakan jela mereka.”

2 point utama yang ditunggang :

1. Kacau rezeki orang lain.
2. Buka aib.

Baiklah, sebelum kami menjawab 2 point utama tersebut eloklah kita sama-sama kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah sempena hari Jumaat yang penuh barakah, di bulan Ramadhan, 10 malam terakhir.

Allah Ta’ala berfirman :

‎وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ

“Dan Allah menghalalkan jual beli..”(Al Baqarah : 275)

Allah Ta’ala berfirman :

‎لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَبْتَغُوا فَضْلًا مِنْ رَبِّكُمْ

“Tidaklah dosa bagi kalian untuk mencari keutaman (rezeki) dari Rabbmu..” (Al Baqarah : 198)

Ya, memang benar Allah mengharuskan jual beli, tetapi dalam masa yang sama Allah melarang jual beli yang ada unsur riba’ dan gharar. Penipuan dan kezaliman.

KESAKSIAN PALSU!

Penjual biasanya menipu dengan mengatakan kenderaan yang dijualnya “low mileage”, “tiptop condition”, dan “accident free”. Kesaksian palsu adalah dosa besar!

Dari Abdurrahman bin Abi Bakrah, dari bapanya radhiyallah anhu, dia berkata, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Perhatikanlah (wahai para shahabat), mahukah aku tunjukkan kepada kalian dosa-dosa besar yang paling besar?” Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakannya tiga kali.

Kemudian para shahabat mengatakan:

“Tentu wahai Rasulullah.” Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Syirik kepada Allah dan derhaka kepada kedua orang tua.”

Dan beliau duduk sedangkan sebelumnya beliau bersandar, lalu bersabda,

“Perhatikanlah! dan perkataan palsu (perkataan dusta)”, beliau selalu mengulanginya sampai kami berkata, “andai beliau berhenti”.

(riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

MENJUAL BARANG ROSAK!

‎الْبَيِّعَانِ بِالْخِيَارِ مَا لَمْ يَتَفَرَّقَا فَإِنْ صَدَقَا وَبَيَّنَا بُورِكَ لَهُمَا فِي بَيْعِهِمَا وَإِنْ كَذَبَا وَكَتَمَا مُحِقَتْ بَرَكَةُ بَيْعِهِمَا

“Penjual dan pembeli memiliki hak pilih selama belum berpisah. Jika keduanya jujur, niscaya keduanya akan diberikan barakah pada jual beli mereka. Jika keduanya berbohong dan menyembunyikan (cacat barang), nescaya barakah jual beli mereka dihapus.

Suatu ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam melewati seorang pedagang di pasar. Di samping pedagang tersebut terdapat seonggok makanan. Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam memasukkan tangannya yang mulia ke dalam makanan itu, dan Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam merasakan ada sesuatu yang basah di bagian bawah makanan. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya kepada pedagang:

“Apa ini, wahai pedagang?” Orang itu menjawab:

“Makanan itu terkena air hujan, wahai Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam!”

Kemudian Rasulullah bersabda:

“Mengapa engkau tidak menaruhnya di atas, agar bisa diketahui oleh pembeli? Barangsiapa yang menipu kami, maka dia tidak termasuk golongan kami.”

Amat jelaslah perbuatan menipu semasa menjual dan menyorokkan kecacatan barangan jualan adalah perkara yang ditegah dalam syariat.

Maka tiadalah isu berbangkit tentang menutup pintu rezeki dan membuka aib. Rezeki adalah perkara yang penuh barakah, bukan kezaliman.

Yang diharamkan adalah membuka aib peribadi. Tentang penipuan seperti ini adalah menjadi fardhu kifayah untuk dibongkarkan kerana kemaslahatan umat jauh lebih besar!

Salam Jumaat! Jangan tunggang agama untuk kepentingan diri sendiri!

Get SCRUT before WE get SCREWED!

Ditulis oleh,
Maulana Scrut!

www.scrut.my

Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/595033194315197?__tn__=K-R

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with