Tahukah anda siapa itu Little Napoleon?
Little Napoleon lahir dari perangai yang dilihat seakan-akan sama seperti Napoleon Bonaparte, si panakhluk yang bongkak, sombong dan pembuli kerana kuasa yang dia miliki. Jadi Little Napoleon membawa maksud perangai mini Napoleon yang ada dalam sikap seseorang atau mana-mana institusi.
“Little Napoleon is often described as one who is pugnacious, arrogant and abrasive, especially a person in power, having features like Napoleon Bonaparte, an absolute ruler in France during the late 18th century.”
—
Ingatkan kami sahaja yang terkena dengan Little Napoleon ini, rupanya sudah ramai. Jadi pastilah bukan kami yang bermasalah kan?
Kami terlibat dengan penubuhan klinik wakaf swasta. Jadi kami pernah dan sedang menghadapi karenah Little Napoleon dari anggota CKAPS (UKAPS). Sampai kami merasakan sangat insult intelligence apabila mendengar alasan dan argument mereka.
Sebagai contoh, jurutera mengira lebar keluasan pintu adalah dari frame-to-frame, ya itulah cara yang diajar di universiti dan diamalkan di JKR, standard 1 dunia cara membaca pelan sebegitu.
Tetapi, datang pegawai CKAPS (UKAPS) ini, dia kira dari internal end-to-end frame pintu. Maka berkuranglah 2cm ke 4cm mengikut ukurannya. Maka pegawai yang juga bekas jururawat tidak meluluskan klinik kami kerana sais bukaan pintu kurang 2cm ke 4cm.
Bila diajak berbincang, kami terangkan yang bina ni contractor dan designer bertauliah JKR yang telah membina hospital dan klinik kesihatan untuk KKM. Dia jawab,
“saya ikut specs dan requirement yang ditetapkan.”
Bila kami mengadu kepada kontraktor kami, dia jawab,
“Inilah masalah bagi nurse jaga engineering, dia pula buat interpretation drawing kita, depa ni kalau dah taknak bagi, 1mm pun depa berkira, depa ni dah macam Little Napoleon, hang lawan, nanti habis semua dia ukur lain..”
Sampai ada ahli kumpulan kami, juga seorang doktor pakar, buat joke dengan berkata,
“Patient kami bukan kerbau Africa, manusia puan, wheel chair dah lepas ni..”
Puan tadi yang mungkin low IQ gagal memahami analogi sahabat kami. Perlu diingatkan setiap specs size dibuat mempunyai tujuan atau maqasid disebaliknya. Pintu lebar tujuannya untuk mereka yang menggunakan wheel chair boleh ditolak masuk. Itu sahaja. Bukan sehingga mak gajah boleh dibawa masuk. Bukan klinik haiwan liar kak!
Maka, inspection tersebut berakhir dengan kegagalan selepas macam-macam hal yang merepek-repek hasil dari polisi dan guideline yang uncertain dan terbuka kepada kaum Little Napoleon ini melakukan intrepretasi kefahaman mereka sendiri.
Jadi, tulisan di bawah ini adalah benar. Jika dibaca juga komen-komen di bawah, anda dapat merasai denyut nadi mereka yang ditindas dan dibuli Little Napoleon KKM.
Ya, mereka boleh menggunakan pelbagai alasan yang valid, seperti cancel tarikh inspection kerana ada meeting, betulkan dokumen dulu dan macam-macam lagi untuk menunjukan pihak lain yang bersalah.
Walhal mereka sendiri sedar, dunia ini tidak sempurna. Pasti ada kecacatan dan kesilapan. Kerana itu ada tolerance dalam engineering. Tolerance ini adalah ruang komunikasi dan budi bicara sebagai manusia dengan manusia yang sedar masing-masing tidak sempurna.
At the end, tujuan mereka hanya untuk membuli dan menunjukkan mereka punya kuasa..
Ya, mereka Little Napoleon!
Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/755597184925463?__tn__=K-R