Pelanggan ini nak beli kereta terpakai. Kereta terpakai ini adalah kereta recond dulu. Jadi dia semak dengan SCRUT.
Dapat laporan katanya mileage 97,000km tanun 2013. Tahun 2024 ni dia tengok dekat dealer used car mileage baru 113,000km.
Dia tanya, takkan orang dekat Malaysia selama 10 tahun pakai hanya 16,000km sahaja? Tak sampai 2 kali servis kan?
Ada beberapa kebarangkalian..
1. Memang itulah dia. Takda penipuan. Tapi macam tak kena sebab laporan kereta kemalangan, R! R-D oi! R-D ni kira kasta paling rendah lah! Masa bida pun pun mesti murah gila! Interior barai!
2. Recond dealer dulu, lepas sampai Malaysia, dia pusing mileage, kasi rendah. Jadi, bila dah 116,000km, pemilik rasa kereta dan uzur dan dia nak jual.
3. Mungkin mileage memang dah 200,000km, sampai dekat usedcar dealer, dia pula pusing kasi jadi 116,000km.
4. Mungkin recond dealer pusing, sampai dekat usedcar pun pusing lagi.
Cuma komen ini menjadi bukti, kereta-kereta recond yang dibawa masuk sebelum lahirnya SCRUT kebanyakannya adalah kereta bergred R.
Kalau betul-betul nak beli kereta ni? Kena bargain betul lah. Kena bawa pergi buat inspection dulu lah. Risau Uncle tengok ni!
;(
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid0inL74wQbYU6r8DbEPYkrafjEZnNL22DAdQtLM4UdAK4yq2UMLpJM1BptCREFWf3Tl