Ramai yang tanya:
“Macam mana nak check used car beli kat Malaysia?”
“Macam mana nak check kereta yang bukan recond?”
“Macam mana kalau kereta recond, tapi takde auction report?”
Kami hanya ada auction report dari Jepun & UK.
Tapi, kami boleh tolong anda.
Report yang dealer bagi, jangan percaya bulat-bulat. Mesti kena tahu kondisi kereta yang sebenar, baru boleh tahu berbaloi ke tak untuk dibeli.
—
MACAM MANA NAK TAHU KONDISI SEBENAR USED CAR?
untuk buat Scrut Integrity Inspection (SII). Team Scrut Auto akan periksa setiap bahagian luar dan dalam kereta.
SII ni ada warranty selama 3 tahun. Anda akan tahu kalau kereta ada masalah dan apa yang perlu dibaiki dengan segera.
—
APA YANG SCRUT AUTO TEAM AKAN CEK UNTUK SII?
Ada 120 points yang akan diperiksa oleh inspector Scut Auto team. Antaranya…
1) Kualiti
Mereka akan tengok bacaan odometer yang sebenar. Kalau bacaan lebih tinggi dari report, maksudnya dealer dah adjust bagi rendah.
Suspension, ekzos atau prestasi kereta takde diubah suai apa-apa.
.
2) Mekanikal
Bagi mekanikal ada 3 bahagian yang akan diperiksa – Underhood, Operation & Function dan Under Vehicle.
Underhood: Tuli bonet depan boleh tarik untuk dibuka. Brake fluid dan sistem brek tak ada masalah. Power steering boleh digunakan dengan selamat. Wiper, radiator, timing belt dan hose kereta tak rosak.
Operation & Function: Semua tempat duduk kereta dan pintu kereta masih dalam keadaan elok. Boleh lock kereta seperti biasa. Lampu, signal dan wiper berfungsi dengan baik. Cermin kereta tak retak atau pecah. Seatbelt masih selamat nak digunakan oleh pemandu dan penumpang.
Under Vehicle: Inspector akan pastikan tiada part kereta yang pecah, bocor dan rosak.
.
3) Tayar
Semua tayar depan dan belakang akan dicek untuk pastikan saiz tayar yang betul digunakan, angin tayar cukup, tak ada bocor atau koyak.
Brek dan rotor pun diperiksa sama ada masih berfungsi dengan baik atau kena baiki.
.
4) Suspension
Kalau suspension rosak, bila bawak penumpang ramai nanti akan bagi pressure pada tayar dan tayar boleh cepat haus.
Jadi, inspector akan pastikan suspension kereta masih berfungsi dengan baik.
.
5) Bahagian luar kereta
Kereta tak ada kesan pernah tenggelam banjir. Boleh cari kesan lumpur, pasir atau tanah pada kereta. Tak ada kesan air pada bahagian-bahagian tertentu atau pada minyak enjin.
Bumper kereta tak bergoyang dan masih secured. Lampu kereta masih berfungsi dan tak ada kesan wap (lampu nampak macam kelabu-kelabu gitu).
Signal semua masih elok bila digunakan. Tapi kalau elok dan tak digunakan, tu anda yang bermasalah.
.
6) Bahagian dalam kereta
Cushion seat kereta semua tak ada kesan koyak atau rasa lembap (kalau pernah kena banjir). Semua pemegang pintu takde kerosakan.
.
7) Di jalan raya
Enjin tak ada bunyi yang pelik-pelik masa drive. Suhu kereta yang normal. Gear, brek steering, clutch semua boleh digunakan. Alignment kereta masih ok, tak ada gegaran masa bawak kereta.
Team Scrut Auto akan pastikan hanya kereta yang berkualiti sahaja untuk anda!
Nak check kereta?
Book appointment untuk buat Scrut Integrity Inspection (SII).
SCRUT for the TRUTH!
—
1. Nak check auction report kereta recond?
2. Nak view kereta-kereta yang cantik ikut syarat SCRUT?
3. Nak inspection kereta anda? Used atau recond? Untuk tujuan jual atau beli?
4. Nak SCRUT company?
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/1062478257570686