fbpx

Mangsa penipuan penjual kereta terpakai!

Admin
in Real Story
Aug 23 ·

Kasihan saudara kita ini. Datang jauh dari Mentakab. Selepas beberapa bulan beli kereta terpakai (usedcar / secondhand car) kereta dia dah rosak macam-macam. Masa dia beli, bacaan dalam odometer lebih kurang 80,000 km.

Setelah dia mengetahui yang SCRUT AUTO ada buat servis pemeriksaan Sii (SCRUT integrity inspection), dia telah datang membawa Mercedes E250-nya ke sini. Setelah pemeriksaan dibuat, kami mendapati banyak kebocoran dan “wear & tear” telah wujud.

Bacaan odometer telah diubah. Asalnya 170,000km lebih diubah jadi 80,000km. Maka, tidak peliklah kereta tersebut mengeluarkan bunyi-bunyi dan rosak-rosak yang tak sepatutnya berlaku pada kereta di bawa “mileage” 100,000km.

Itu sebablah kami selalu nasihatkan. Nak beli kereta terpakai, recond atau local, SCRUT dulu. Bawa buat “inspection” dulu. Kalau kedai tak kasi bawa keluar, “red flag” terus. Kalau kereta dia “steady” kenapa takut nak buat “inpection” kan?

Pasang “trade plate” bawa saja ke tempat pemeriksaan. Bawa naik “hoist”, tahulah kita apa isu dekat kereta tersebut.

InsyaAllah, pasukan undang-undang SCRUT akan membantu saudara Danial Lee ini.

Siapa nak buat pemeriksaan pre-purchase inspection SCRUT integrity inpection (Sii), marilah ke SCRUT AUTO. Waze saja SCRUT AUTO Jalan Ampang. InsyaAllah puas hati!

Ada persoalan dan nak berhubung dengan SCRUT? Hubungi admin Felysha sini https://adminscrut.wasap.my/.

😉

Original post: https://www.facebook.com/watch/?v=969094721490924

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with