Inilah masalah orang Malaysia. Jadi scam enabler. Mamat Aussie tu memekak sebab dia bayar harga barang ori dan dia memang main barang ori saja. Tak main barang celup.
Datang satu orang Malaysia ni, dia bangga pakai barang after market. Yelah, mestilah dia nak pertahan scam yang dilakukan oleh ayatolla H Malaysia. Cuma agak kelakar. Dia faham ke tidak isunya.
Isunya, mamat Aussie tu tak puas hati sebab dapat barang celup. Itu saja. Kau justify barang oem apa semua, mana dia boleh terima. Dia nak barang ori. Dia beli barang ori, dapat celup.
Marah ler. Habis nama Malaysia, syariah, apa semua keluar. Kalau balik kepada hukum pun, tetap tak boleh. Salah dah haram. Jual beli kena ikut aqad asal yang saling redha merdhai. Aqad asal barang ori is ori lah.
Kalau Uncle lah. Terjual (tanpa niat pun), Uncle bagi full refund. Yelah, masa kita jual pun iklan ori. Tak kisahlah kantoi bila, lagi 10 tahun pun. Tetap salah. Itu Uncle lah. Uncle tak boleh.
Uncle tak sanggup bagi kura-kura Uncle makan duit haram!
Korang pula guane?
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid0UWysM1ybuPtnXETjVYWifmPkt5pMj5tUUNfi7SoAJEdumJTWtiWwixg1g57xLQTxl