Pagi ini Uncle berbincang dengan sahabat Uncle, seorang ejen takaful/insurance kenderaan sejak tahun 88 lagi. Zaman tu dia Kurnia Insurance lagi. Uncle jadikan Honda Jebon semalam sebagai “case study”.
Jadi dia minta no plate kereta tersebut untuk dia buat analisis. Uncle pun bagi. Buat korang ejen-ejen takaful/insurance kenderaan yang lain. Boleh ikut dan buat analisis juga. Nanti komen di bawah.
No pendaftaran : BNT7100
No chasis sebenar : FD2-1601287
Orang tua tu pun bukalah laptopnya, dia mendapati kereta bernombor pendaftaran BNT7100 sudah tidak menggunakan no chasis FD2-1601287, tetapi menggunakan FDZ-1601287. Ini rekod yang terkini.
Uncle tunjuk laporan SUr yang menggunakan chasis asal. Maka, sahabat Uncle itu kasitau. Mungkin ejen baru ni adjust terus no chasis kerana kereta MUNGKIN dah kena blacklist, tak boleh buat (renew) insurance/takaful dah disebabkan kereta pernah total loss (Beyond Economic Repair).
Jadi, Uncle nak tanya korang. Adakah selamat seseorang itu membeli kereta yang chasis kereta tersebut telah di-ban oleh pihak insurance/takaful?
Adakah baik seorang penjual kereta menjual kereta yang dia dah diubah no chasis dalam sistem insurance/takaful. Kalau kemalangan lagi. Boleh claim tak nanti?
Jadi, pada pandangan Uncle. Kes Honda Jebon semalam telah membuka satu anjakan paradigma terhadap laporan SUr (SCRUT Usedcar report). Yang mana, apabila spec tidak tally, ada record kemalangan korang kena gali lebih sedikit untuk tahu masalah di belakangnya.
Jadi, sekurang-kurangnya SCRUT telah tolong korang untuk “trigger” atau keluarkan “redflag” untuk korang korek lebih sedikit tentang masalah kereta tersebut sebelum korang setuju nak beli.
Nanti dah terbeli, tak boleh renew insurance/takaful atau terlibat kemalangan tak boleh claim. Korang nak salahkan siapa? Kalau memang dah ready untuk semua tu. Silakan!
Kerja SCRUT hanya untuk memberi fakta dan data yang SCRUT terima sahaja.
Jadi, Uncle makin yakin, setiap maklumat yang keluar, pasti ada gunanya. Alhamdulillah. Untuk kes Honda Jebon semalam. Kita dah belajar sesuatu yang baru. Ia tetap risiko kepada pengguna.
Kan? Ke ok je kalau terbeli kereta yang dah di-blacklist? Boleh kawtim semua?
Orang tua sahabat Uncle ni kasitau,
“kalau dia jual RM10k, aku belilah. Chasis dah blacklist ni..”