fbpx

Mencari next CEO scrut!

Admin
in Uncategorized
Aug 25 ·

Aku taktaulah ada lagi ke tidak anak muda yang sanggup merangkak dan bermula dari zero. Aku memang mencari seorang anak jantan yang akan mengganti tempat aku untuk menerajui jenama SCRUT ini.

Aku memang dah exhausted dengan business-business lain dan dah decide untuk focus dan mati dengan Aire Capital demi sebuah “crusade” yang aku telah bersumpah dia atas nama tuhan.

Aku rasa telah tiba masanya aku mencari anak muda yang progresif, proaktif, setia dan jujur untuk mewarisi legasi perjuangan SCRUT. Sebelum aku cerita pasal program Zero-To-CEO ini, elok aku cerita apa yang SCRUT ada.

1. SCRUT ada jenama, nama dan integriti yang dipercayai masyarakat.

2. SCRUT ada workshop di Jalan Ampang yang dibangunkan dengan modal lebih RM1 juta dan mempunyai nilai pasaran RM20 juta.

3. SCRUT ada software workshop management yang telah dibangunkan sendiri dan boleh dikomersilkan.

4. SCRUT ada teknologi AI untuk inspect kereta accident yang masih belum dilancarkan.

5. SCRUT ada sistem inspection yang canggih.

6. Paling penting, SCRUT adalah sebuah perjuangan rakyar marhaen melawan penindasan kapitalis jahat sang pemeras masyarat.

Maka, aku mencari insan terpilih yang sanggup dilatih oleh aku sendiri untuk menjadi CEO. Aku mencari anak muda :

1. Berusia kurang dari 25 tahun.

2. Lelaki sejati belum berkahwin.

3. Graduan dalam bidang engineering diutamakan.

4. Sihat tubuh badan dan tidak merokok mahupun vape.

5. Bukan walaun mahupun walanon atau #TaikPolitik. Peminat Syed Saddiq dan penyokong Parti Muda juga tidak akan diterima.

6. Tidak kisah kerja siang malam, pagi petang, cuti umum, atau hari raya.

7. Jiwa kental, merdeka, tangkas dan never say no attitude.

8. Minat kereta, teknologi, business dan cintakan kebenaran.

9. Boleh memandu kereta 3 pedal.

10. Semangat belajar dan menuntut ilmu yang tidak pernah padam.

Kalau ada 10 ciri-ciri ini, kau boleh contact aku.

Apa kau akan dapat? Aku akan train kau untuk jadi CEO terhebat di Ampang.

Tahun 1 – Apprentice I

Elaun – RM1,500

Kau akan dicampak untuk bekerja di workshop SCRUT Auto sebagai management executive.

Kau akan belajar menjadi job controller, part controller dan workshop admin, dan buat fast service.

Tahun 2 – Apprentice II

Elaun – RM2,000

Selepas pengurusan merasakan kau dah berjaya melepasi ujian tahun pertama, kau akan diberi tanggungjawab lebih advance.

Selain menjadi management executive, kau akan dilatih menjadi service advisor, inspector dan diajar melakukan minor service dan repair kenderaan. Selain itu, kau juga akan diajar buat sales dan marketing.

Tahun 3 – Management Executive I

Gaji – RM3,000

Kau akan jadi orang penting dalam SCRUT. Kau akan dilatih untuk buat product developement, buat tender dan membangunkan software. Skill Excel dan Google Sheet kau diasah. Kau juga akan diberi 1 projek sendiri untuk kau jayakan. Kau akan dilatih menggunakan tools marketing juga.

Tahun 4 – Management Executive II (Senior Executive)

Gaji – RM4,000

Kau akan diajar tentang corporate managemet, buat cashflow, corporate finance dan project management. Kau akan dilatih buat slide, buat presentation, pergi jumpa orang, deal dengan client, jaga team, pergi bergaduh dan berlawan.

Tahun 5 – Manager

Gaji RM4,500 + benefit + bonus

Waktu ini, apa-apa new venture kau akan lead dan akan bertanggungjawab sepenuhnya business dan nama baik syarikat.

Tahun 6 – Senior Manager

Gaji – RM5,500 + benefit + bonus

The business & company is like yours. Make it bigger or maintain it. Be the face of the company. Aku akan ajar kau creative accounting, baca audit report,

Tahun 7 – General Manager

Gaji – RM7,500 + benefit + bonus

Waktu ni, aku expect aku dah langsung tak involve apa-apa.

Tahun 8 – CEO

Gaji – RM10,000 + benefit + bonus + token share.

Aku expect waktu ini, kau dah betul-betul awesome and dah jadi a good entrepreneur, good leader dan dah boleh develope the next CEO.

SCRUT ni bukanlah syarikat GLC atau MNC, hanyalah SMe-Startup yang punya potensi untuk pergi jauh. Jadi, aku tak bolehlah bayar lebih-lebih. Cuma, mana tahu tiba-tiba ada investor besar masuk, or pergi IPO. Itu rezeki kau lah.

Tapi, 8 tahun pelajaran dan pengalaman yang kau dapat ni, aku percaya kau takkan dapat dekat tempat lain. Skill yang kau ada nanti ni, kau nak meloncat ke mana pun no issue. Aku percaya kau boleh manage apa-apa company dengan baik kalau berjaya sampai tahun ke-8 ini.

Masa kau bujang, rumah aku akan sediakan, lunch aku sediakan, segala training aku akan bayar. Masa kau kahwin, aku akan bagi bonus “ranjang” dan kalau nikah ke-2 aku fund juga. Kereta pun aku akan bagi. Cuma Axia Kompang lah.

Banyak lagi peluang kau boleh dapat dan terokai bersama aku. Asal kau berjiwa besar, tak loser dan mesti seorang fighter, aku pasti kau boleh berjaya. Akan aku turunkan segala, ilmu, pengalaman dan pengetahuan untuk kau mengharungi cabaran kehidupan dan pekerjaan. InsyaAllah..

Ingat anak muda,

“Integrity is your dignity!”

“Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.”

Kalau ada yang berminat nak sertai program aku ini. Hantar CV dan sijil-sijil kau berserta dengan cover letter kenapa kau nak jadi CEO SCRUT ke [email protected].

Kalau berminatlah..

– Boss SCRUT

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid0fZwZ77kmrWjtZug2UicpRpXHeNXFtxEB6L6gBZ3MWeEZHH3EkmXAyLtXutX9xNCJl

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with