fbpx

Menjawab fitnah-fitnah penjual kereta..

Admin
in Real Story, SCRUT On Media
Dec 3 ·

Tadi, Uncle terbaca 1 mesej daripada saudara Shafiq Ishak. Kisahnya dia ada mesej seorang penjual kereta yang Uncle semak nombor telefonnya bernama Jakie Chong.

Menurut tangkap layar saudara Shafiq ini, Jakie ini telah mengatakan SCRUT tipu duit orang. Antara alasannya adalah banjir tak nampak punya. Tak tuntut insurans.

Baiklah, Uncle nak jawab..

Memang laporan SCRUT Usedcar report (SUr) atau Advanced SCRUT Usedcar report (ASUr) menjadikan laporan kemalangan daripada pihak insurans sebagai asas laporan. Baca : laporan kemalangan (accident report). Bukan laporan banjir.

Maka, eloklah kita tanya diri kita sendiri, apa tujuan kita ambil insurans/takaful?

Kebiasaannya kita tidak mahu buat tuntutan insurans adalah kemalangan atau tragedi yang berlaku tidak setimpal dengan bayaran insurans yang akan dibayar nanti setelah NCD kita ditolak.

Maka, kita akan tuntut insurans apabila kemalangan atau tragedi seperti banjir yang “yang ketara (significant). Atau yang berbaloi dengan nilai yang bakal kita tanggung setelah NCD kita berkurang.

Setuju?

Tapi, jika mereka yang tidak bayar “special perils”, terkena banjir, memang tak boleh tuntut insurans. Tapi, dalam dapatan data-data kami setakat ini, kereta-kereta tersebut direkodkan telah menuntut di bawah “Total Loss – BER” atau OD- CTL.

Kalau dalam laporan insurans tak keluar. Pihak penjual kereta juga sama-sama tidak tahu. Jadi tetap kena buat pemeriksaan fizikal. Itu sebablah SCRUT juga menurut cadangan masyarakat untuk bangunkan SCRUT Auto untuk buat pemeriksaan. Dekat mana menipunya daripada pihak kami?

Jadi, maksudnya apabila seseorang itu tidak buat tuntutan, maksudnya kemalangan atau tragedi banjir itu tidaklah “significant”. Maksudnya kemalangan atau kejadian yang remeh. Jadi, betul lah tidak dibuat tuntutan. Maka baguslah untuk penjual kereta. Kereta tersebut tidak pernah mendapat status kereta banjir.

Hanya orang bodoh, apabila terlibat dengan kemalangan yang “significant” atau tragedi banjir yang merosakkan keretanya, tidak melakukan tuntutan insurans. Dah kenapa kau nak sedekah hak kau kepada kapitalis terpaling atas pula kan?

Tetapi, apabila penjual kereta menggunakan hujah tersebut, nampak sangat mereka sudah tidak punya hujah dan ketakutan dengan kelahiran SCRUT. Kenapa nak takut dengan SCRUT kalau kita jual kereta yang elok dan tidak pernah menipu masyarakat selama ini.

Kan?

Tapi, korang nak pihak SCRUT buatkan pemeriksaan kereta, Scrut Auto ada buat pemeriksaan SCRUT integrity inspection (Sii) yang telah mebantu ramai mangsa penipuan menuntut hak mereka.

Rujuk sini :

https://www.facebook.com/share/r/cjAnz3FiDHo1N1XH/?mibextid=YlDasU

Jadi, korang nak percaya penjual kereta ke SCRUT?

Terserah korang..

Taknak kena tipu beli kereta? SCRUT dulu!

😉

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid05W9qC15AzyVfZtYu44ryBecuqJdJz7pJvD5GQvvN7wKZtMo5KQr5iNRKgU18723Wl

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with