Ini contoh..
Mamat ni datang komen mula-mula dia samakan parti yang dia sokong dengan Islam. Kalau tak silap dia sebut,
“Kalau orang Islam bermasalah, berani nak kritik Islam.”
Lepas Uncle balas,
“Parti kau maasum ke? Parti kau agama ke? Kau nak samakan agama dengan parti?”
Terus dia padam.
Demikianlah ketaasuban #TaikPolitik sehingga memaasumkan parti. Sedangkan parti politik tidak akan maasum. Maka, penyokong dan ahli juga pasti lebih tidak maasum.
Jika prinsip parti tidak maasum dipegang dengan baik. #TaikPolitik takkan lahir. Pentaasub takkan lahir. Walanon dan walaun tidak wujud. Namun, apabila parti politii ditaqdiskan, asabiyah lahir.
Sepatutnya rakan se-parti kita yang jahat, yang menyokong orang jahat, yang melawan SCRUT, kita kena sama-sama hentam dia. Tak kisahlah dia sama warna dengan kita ke tak. Kebenaranlah di atas segala-galanya.
Tapi, disebabkan kawan itu sama parti dengan dia. Dia datang serang SCRUT. Dia datang buat-buat kenal SCRUT dah lama. Konon-konon neutral, taknak dengar politik.
Walhal dia #TaikPolitik spisis lain. Korang boleh scroll-lah bila Uncle kritik parti lain, #TaikPolitik spisis lain. Yang spisis tak kena akan bersorak. Spisis yang kena akan marah SCRUT.
Korang tengok mamat ni. Dia siap suruh Uncle turunkan harga RM4 ikut cadangan rakan se-logo dia selepas dia pura-pura neutral. Uncle ni, bukan budak-budak,
“I am not just born yesterday lah.”
Uncle rasa eloklah mentaliti nak murah ni #TaikPolitik cakap dengan parti masing-masing. Pergi kasitau, kenapa beli Mercedes, pakai Axia sudah. Suruh menteri-menteri, mp-mp, adun-adun, exco-exco dan lain-lain turun gaji.
Ini suruh SCRUT turun harga sampai RM4. Itu yang kawan-kawan Uncle selalu cakap,
“Asal #TaikPolitik pasti bang4ng, tanpa perlu dibuktikan sebaliknya..”
Ingat, taknak kena tipu dalam hidup, elak jadi #TaikPolitik!
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid02XFrgvk2z5LS2KvTDsBp1eDW6edQNrgGwBMG3PT2rRca8fg57YqZk2t1Z4pSsCj66l