Kau pernah tak rasa pelik minyak baru isi penuh, semalam.
Hari ni dah separuh. Padahal bukan kau pergi “roadtrip” pun cuma ulang alik kerja je.
Ramai orang ingat masalah jimat minyak ni sebab harga minyak naik. Padahal, 70% puncanya datang dari cara kau jaga dan pandu kereta.
Contoh paling simple, tayar. Kalau tayar kau lembik sikit je, minyak yang sepatutnya bawa kau 500km jadi 450km je.
20-30km hilang macam tu. Kenapa? Sebab enjin terpaksa kerja lebih kuat lawan geseran tayar.
Sama juga dengan penapis udara. Kalau dah kotor, enjin “tercekik”. Bila tercekik, pembakaran tak sempurna. Bila tak sempurna, minyak yang kau bayar tu jadi asap bukan tenaga.
Lagi satu, cara kau tekan pedal minyak. Kalau kau jenis “start macam roket”, lepas tu brake mengejut lah, kereta kau memang kuat makan minyak. Tekan perlahan biar gear naik ikut “torque”.
Tutup tingkap bila laju, jangan melayan lama-lama, dan jangan angkut barang yang tak perlu. Benda kecil, tapi kesannya besar.
SCRUT AUTO dah jumpa banyak kes kereta yang “makan minyak” bukan sebab rosak, tapi sebab tuannya tak peduli.
Lepas servis ikut proper schedule, cek tayar, tukar “spark plug”, minyak jadi jauh lebih jimat.
Kau fikir balik minyak tu kau beli dengan duit kau. Duit tu datang dari masa kau kerja. Nak buang macam tu je ke?
Jaga minyak kereta sama dengan jaga duit sendiri. Dan kalau kau nak tahu kondisi kereta kau tu masih jimat atau sebenarnya dah mula makan duit, SCRUT AUTO boleh semak.
Sebab kalau kau biar, lambat laun bukan setakat minyak yang habis enjin pun rosak.
Jom hantar servis di SCRUT AUTO Jalan Ampang.
Original post: https://www.facebook.com/myscrutauto/videos/1436552014336103/