Baru-baru ini boss besar Mydin telah mengeluarkan satu kenyataan yang menghiris hati rakyat marhaen terutama penjawat awam.
Aku mungkin bersetuju jika beliau secara spesifik menyebut penjawat awam yang mana? Sebagai contoh, menteri, timbalan menteri, lantikan-lantikan politik dan sebagainya. Tapi beliau secara spesifik menyebut RM3000. RM3000 tak banyak bro! Takkan RM3000 ke atas kau nak potong?
Cuma yang menarik perhatian aku, beliau ada mengatakan yang syarikat beliau telah rugi sebelum ini. Bagi memastikan hal tersebut, aku telah menggunakan platform www.interepo.com untuk SCRUT dakwaan beliau.
Aku telah SCRUT 2 syarikat utama Mydin.
1. Mydin Mohamed Holding
2. Mydin Wholesale
Aku mendapati kedua-dua syarikat tersebut tidak rugi pun. Kira oklah dengan revenue dan nature of business dia camtu. Sampai kata tak bayar zakat sebab rugi pun macam pelik. Kan? Harap dah boleh bayar zakat la kot kan lepas ni? Aset dia boleh tahan juga banyak kan?
Anyway, public documents and numbers wont lie. Boleh rujuk bahagian foto sebagai lampiran.
—
Kenapa kau kena SCRUT?
Baca sini :
Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/843771892774658