fbpx

Nak tau ciri-ciri salesman kenderaan recond yang awesome?

Detective Scrut
in Media Review
Dec 10 ·

Kami dah senaraikan. Kalau ada 6 ciri-ciri ni berdasarkan laporan kawan-kawan atau pengalaman diri sendiri. Belilah dari dia. Support dia. Ceritakan kepada kawan-kawan anda.

1. Sediakan inspection report.

Dia menyediakan inspection report dari negara asal kenderaan tersebut tanpa diminta sebagai bukti dia penjual yang berintegriti dan telus.

2. Melayan anda walaupun gaya anda tak kaya.

Walaupun anda datang dengan gaya atau imej tidak kaya, tidak profesional, tidak bertali leher dan berkot mewah, tidak korporat, cakap macam orang kampung, tidak hire image consultant, datang dengan Kancil atau Dutson buruk nak relai. Dia tetap melayan anda dengan baik dan penuh senyuman.

3. Masih melayan anda walaupun selepas kenderaan sudah dibeli.

Kalau salesman yang masih menghubungi anda, melayan anda walaupun anda sudah beli kereta daripada dia, kalau tak jadi sama sekali pun, percayalah, dia ada ciri salesman yang baik.

4. Jujur bagitau mileage dah kena pusing.

Terpaksa bekerja dengan syarikat yang tidak jujur tidak menjadikan dia seorang yang tidak jujur. Dia dengan jujur memberitahu kondisi dan mileage sebenar supaya pembeli mempertimbangkan harga yang dia tawarkan.

5. Suruh anda check SCRUT dulu.

Yang ini level lain. Dia sendiri suruh anda check SCRUT. Yang ini dia yakin dia jual barang baik!

6. Pakai baju SCRUT di showroom!

Paling ultimate lah! Penjual yang menyokong kami adalah penjual yang jujur, amanah dan ada integriti yang sangat tinggi! Gila kau pakai baju SCRUT jual kereta recond!

Jadi, bukan semua salesman penipu. Ada juga yang baik-baik, asal memenuhi atau memiliki ciri-ciri yang kami senaraikan.

Yang duduk melantun-melantun kat wall SCRUT siap bawa gang mat rempit tu nampak sangat salesman penipu!

Siapa makan cili, dia terasa pedas!

Ditulis oleh,
Admin Tak Prefesional!
“No tie, no coat.”
www.scrut.my

Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/605095306642319

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with