Berikut adalah petikan kata-kata dan nasihat keramat dari psuedo-Founder Rumah.com. Kalam beliau ibarat tinta emas yang wajar digantung di diding-dinding pejabat anak muda.
Nasihat beliau inilah yang menjadikan kami berjaya. Dua perkataan ajaib yang wajar dihayati adalah “KALAU” dan “MALAS”. Itulah resepi kejayaan beliau yang menjadi inspirasi perjuangan kami, SCRUT. Kejayaan beliau menjadi psuedo-Founder Rumah.com ditelusuri melalui kalam Allah dan Rasul pada pagi Jumaat yang penuh barakah ini
Menurut kitab Allah dan Rasul tentang
kalam KALAU,
أَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ وَقَالُواْ لِإِخۡوَٰنِهِمۡ إِذَا ضَرَبُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ أَوۡ كَانُواْ غُزّى لَّوۡ كَانُواْ عِندَنَا مَا مَاتُواْ وَمَا قُتِلُواْ لِيَجۡعَلَ ٱللَّهُ ذَٰلِكَ حَسۡرَة فِي قُلُوبِهِمۡۗ
Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu seperti orang-orang kafir (orang-orang munafik) itu, yang mengatakan kepada saudara-saudara mereka apabila mereka mengadakan perjalanan di muka bumi atau mereka berperang: KALAU mereka tetap bersama-sama kita tentulah mereka tidak mati dan tidak dibunuh. Akibat (dari perkataan dan keyakinan mereka) yang demikian itu, Allah menimbulkan rasa penyesalan yang sangat di dalam hati mereka.” (Surah Ali Imran : 156)
Baginda SAW turut menjelaskan larangan tersebut menerusi sabdanya:
وَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ، فَلَا تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا، وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ، فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ
Maksudnya: “KALAU engkau tertimpa musibah, janganlah engkau mengatakan: Kalau tadi aku lakukan begini, tentu jadinya akan begini dan begini, tapi katakanlah: Sudah takdir Allah, Allah melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki. Kerana sesungguhnya kata “KALAU” itu membuka pintu amalan syaitan.”
(Riwayat Muslim, no. 22664)
Manakala tentang MALAS pula,
Allah Ta’ala berfirman:
إِنَّهَا لإِحْدَى الْكُبَرِ . نَذِيرًا لِّلْبَشَرِ . لِمَن شَاء مِنكُمْ أَن يَتَقَدَّمَ أَوْ يَتَأَخَّرَ (سورة المدثر: 35-37)
Maksudnya : “Sesungguhnya buang masa (MALAS) itu adalah salah satu bencana yang amat besar, sebagai ancaman bagi manusia. (Iaitu) bagi sesiapa diantara kamu yang berkehendak akan maju atau mundur.” (Surah Al-Mudatsir: 35-37)
Wallahu’alam..
Tazkirah dan motivasi ini ditulis oleh,
Maulana SCRUT
“Kalau Ana Malas..
Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/735082920310223