– kata si pemuja Jembon.
Baru-baru ni Bro SCRUT hadir ke sesi pendengaran di Tribunal Putrajaya untuk bantu salah seorang mangsa yang beli kereta dah “total lost” dari salah sebuah syarikat jual kereta di ibu kota.
Sebelum masuk ke dalam bilik perbicaraan tu, Bro SCRUT berbalas debat dengan salah seorang wakil dari salesman (pihak dituntut) dan dia tegakkan bahawa bukan “usedcar” sahaja patut dipersalahkan, tapi “owner” asal kereta juga sebab tak mustahil “owner” asal yang pusing mileage dan tipu report untuk elak tahu kereta ini kereta accident dan pernah “total lost”, so boleh jual dengan harga yang tinggi.
Bro SCRUT balas “simple” je.
‘Kalau betullah orang-orang yang dia sebutkan tu bersalah, pergilah saman mereka semua’.
Dan takkanlah usedcar besar macam ni tiada buat “due diligence” kereta tu betul-betul sebelum beli atau memang dah tahu tapi buat-buat tak tahu?
Bila dah jadi masalah, semua jadi pening dan reputasi pun mereput! Lepas tu nak salahkan SCRUT pula?
Hmm..
Berkat doa kalian semua, akhirnya penuntut mendapat belaan bukan “Bellaan” tau!
“Usedcar” tu memang steady!
Owner “usedcar” call Bro SCRUT dah minta selesaikan cara baik dan Bro SCRUT jawab, “mesti baik-baiklah kita bukan gangster mau gertak orang”.
Dia setuju untuk ambil semula kereta tersebut dan siap dapat kurangkan harga lagi untuk penuntut ambil kereta lain di kedainya. Tapi kena #SCRUTdulu lah!
Ada soalan?
Lampirkan di ruangan komen!
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid0yPUgiBRMBdhy2U6bY57RMSgJKdXPVcfjABMDFTyUMttyJBwbWTVHNMqMA8hYtfE5l