
Baru-baru ni terbaca satu komen di hantaran SCRUT seorang hamba Allah ni berterima kasih dengan SCRUT sebab dah bantu dia tahu kondisi kereta “recond” yang diberi pada tahun 2018.
Kalau korang tahu sejarah SCRUT, pasti korang tahu macam mana perjuangan SCRUT waktu itu bukanlah mudah, penuh dengan liku dan dugaan.
Waktu tu, kegiatan pusing odometer ni memang jadi kebiasaan lah. Aku ingat lagi waktu tu SCRUT sampai kena ugut dan saman yang bertimbun kena layan.
Tapi SCRUT tak takut, sebab SCRUT tahu kita di landasan yang betul dan hanya perlu kekalkan integriti. “Usedcar” kalau nak ‘berperang’, silakan. Fakta tidak boleh diubah!
Tahniah kepada saudara ini, dari tahun 2018 hingga kini masih bersama SCRUT dan menyokong kami. Aku terharu bila baca komen-komen macam ni.
Korang dah tengok ke syarikat “usedcar” yang dapat anugerah dari Kementerian Pengangkutan Malaysia?



#scrut#broscrut#scrutreportselamatkanaku#kemalangan
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid0vcnzdPh5PkxTz1BvqRTFdpLH75DauGmKN6ZEHvkos8VQpTEW5Rb1hWwhna3dnqzAl
You must be logged in to post a comment.