fbpx

Penipu kereta recond masih wujud!

Admin
in Real Story
Aug 9 ·

Ya, benar. Mungkin penipuan sudah berkurang dengan kehadiran SCRUT sejak tahun 2019. Namun, “once a cheater, always a cheater”. Penipu kekal penipu. Kapitalis jahat kereta recond, kekal kapitalis jahat kereta recond.

Pagi ini Uncle dapat mesej yang biasa Uncle dapat. Tapi kali ini Uncle suka kongsi sebab tulisannya penuh tertib dan cantik susunan bahasanya. Paling seronok adalah dia terselamat dari terbeli kereta kemalangan.

Nampak tak? Hari ini kebanyakan penjual kereta akan letak “auction report” atau “inspection report” kereta recond daripada Jepun. Tapi, siapa yang boleh sahkan ia tulen atau tidak?

Pengalaman SCRUT berada dalam industri sejak tahun 2019, hampir setiap minggu kami ditunjukkan laporan palsu (tempered report), laporan yang telah di-edit menggunakan Photoshop atau software lain.

Yang lebih menarik, ada “platform” yang di-endorse dan di-promo oleh pembenci SCRUT pun terkantoi memberi laporan “tempared”. Nasib baiklah bakal pembeli itu semak dengan SCRUT dulu. Kami minta dia buat Sii (SCRUT integrity inspection), kantoi kereta tidak seperti gred 5 seperti yang dilaporkan “platform” lain tersebut.

Itu yang Uncle pelik, kenapa ada penjual kereta yang dah kantoi menipu, beriya-iya mengangkat dan promo “platform” semak kereta yang lain, rupa-rupanya ini ceritanya. Mungkin boleh “halo-halo kawtim please” barangkali.

Jadi, bila tanya apa beza SCRUT dengan yang lain. SCRUT lahir di atas perjuangan, SCRUT tidak boleh di-kawtim. SCRUT cuba sedaya upaya memaksimumkan solusi semak kereta. Itu sebab lahir SCRUT AUTO, lahir Sii, AJAR, JRC dan macam-macam lagi.

Semua itu untuk memastikan masyarakat tidak rugi, tidak ditipu dan tidak dipijak kapitalis jahat penjual kereta recond dan terpakai. Jadi sempena hari kelahiran bos Uncle Nik Izwan Kamel semalam, Uncle minta korang semua “support” perjuangan ini dengan budaya #SCRUTdulu!

SCRUT dulu! Taknak kena tipu? SCRUT dulu! Jangan lupa orang KL, marilah ke SCRUT Auto untuk buat “inspection, service & repair” kereta korang. Support SCRUT dengan cara begini.

Boleh?

😉

Dapatkan laporan kereta recond dari Jepun di SCRUT.

KLIK SINI untuk dapatkan laporan dari web-app SCRUT..

https://www.scrut.my

.

Nak dapatkan laporan SCRUT melalui WhatsApp?

https://wa.scrut.my

.

Ada persoalan dan nak berhubung dengan admin SCRUT?

https://adminscrut.wasap.my

.

Bagitau kawan-kawan yang lain…

😉

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid02U9T2vw61gPfuf3JKDFyPTushoKKPBhg2LYNKQ5Fr3WnMSx37mr3JaduaN9SGcx4rl

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with