Baru-baru ini Pasukan Khas SCRUT (PakaSCRUT) hadir ke salah sebuah kedai kereta di ibukota untuk menyerahkan borang tuntutan Tribunal Pengguna daripada salah seorang pengadu yang tertipu beli kenderaan “total loss” daripada kedai berkenaan.
Hasil diskusi, pihak penjual kereta ini enggan untuk mengaku salah dan memberikan alasan yang mereka juga tidak tahu mengenai keadaan kereta itu “total loss”.
Untuk pengetahuan, kereta tersebut tidak boleh memperbaharui insurans dan sering mengalami kerosakan. Setelah terlihat iklan SCRUT, dia telah bawa ke SCRUT AUTO untuk buat pemeriksaan SCRUT integrity inspection (Sii). Hasil pemeriksaan, kereta tersebut telah disahkan pernah terlibat dengan kemalangan yang serius.
Chasis bengkok yang memerlukan “re-alignment”. Dalam masa yang sama, laporan SCRUT Usedcar report (SUr) juga menunjukkan kereta tersebut pernah direkodkan sebagai kereta “total loss”.
“Padanlah sampai tak boleh ‘renew insurance’.. Tapi, masa jual, macam mana diorang buat boleh ‘renew’ kan?” detik hati BroSCRUT.
PakaSCRUT hadir mewakili mangsa untuk bernegosiasi supaya hal ini tidak berpanjangan. Mangsa hanya minta kereta tersebut dibeli semula oleh pihak penjual sahaja kerana mangsa sudah tidak sanggup menanggung rugi.
Namun, pihak penjual berkeras dan bertegas tidak mahu mengambil semula kereta tersebut. Jadi, pihak PakaSCRUT terpaksa menyampaikan surat tuntutan kepada pihak penjual. Terpaksalah mereka berentap di dalam tribunal. Mereka ada tawarkan RM10k untuk tutup kes yang mana mangsa tidak setuju.
Kami harap mangsa akan diberikan keadilan dan kemenangan di Tribunal Pengguna. Mangsa telah mengalami kerugian yang sangat teruk. Kami sangat simpati dengan nasibnya. Tapi, apa boleh buat. Nasi dah jadi bubur. Ke hadap jelah.
Itu sebablah SCRUT selalu pesan,
“Taknak kena tipu beli kereta? SCRUT dulu!”
Nampak tak komitment SCRUT? Sampai buat PakaSCRUT untuk bersama-sama mangsa menuntut keadilan. Boleh rujuk video di bawah.
Apa pun, jom doakan mangsa berjaya dalam tuntutannya!
Amin..
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/videos/509937015128908/