
Isnin lepas Bro Man didatangi sepasang suami isteri yang mengadu mereka ditipu oleh penjual kereta yang beroperasi di Masai, Johor Bahru.
Cerita dia begini,
Bulan 7 tahun lepas suami isteri ni nak beli kereta jenis Ford Ranger dan penjual ni dapat “adjust” untuk luluskan pinjaman. Dia desak untuk bayar deposit.
Si suami ni pula bayarlah nak dekat 15k waktu tu. Yang paling sedihnya baru pakai 2 minggu kereta dah rosak macam-macam, bila dia bagitahu penjual macam biasalah banyak putar alam penjual ni.
Penjual ni bagi cadangan untuk buat sambung bayar dan dia akan uruskan semua sebab si suami ni memang taknaklah kereta ni pasal dia diberitahu kereta ni okay dan tidak pernah kemalangan.
Dah hampir setahun kereta tu dengan orang yang ambil sambung bayar, si suami ni terima surat dari bank beritahu dah 5 bulan tak bayar.
Siasat lebih dalam,
rupanya orang yang ambil sambung bayar tu tak bayar di bank sebab baru pakai sebulan dah rosak kereta tak boleh jalan. Itulah punca dia dan penjual tu taknak ambil tanggungjawab walaupun dan ‘rembat’ RM 17k dan tak bagi dekat pemilik satu sen pun.
Sekarang pemilik ni mohon bantu team #pakaSCRUT untuk selesaikan masalah dia dengan penjual.
Mohon doa kalian untuk sepasang suami isteri ini yang gigih setiap hari berniaga tepi jalan demi sesuap nasi.
Gambar kereta di ruangan komen!

#taknakkenatipubelikeretascrutdulu
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid02zgZXY2bcFCsrrnuuGkdVgDAMeFsmkKNuEr3bu2jPycNcDUNAstsfeR5YsbREhDeyl