Ini kisah beberapa hari lalu, seorang bakal pembeli yang bijak telah menghantar kereta Mercedes GLC43 yang ingin dibelinya daripada satu dealer kereta recond yang ternama dan terkenal di Kuala Lumpur untuk dibuat pemeriksaan SCRUT integrity inspection (Sii).
Kata bakal pembeli, penjual kereta tu kutuk SCRUT. Kata SCRUT tak boleh percaya, SCRUT cari makan, SCRUT itu, SCRUT ini. Dah kenapa nak kutuk SCRUT pula. Kalau kau “clean” kenapa kau nak kutuk atau takut dengan SCRUT?
Kan..
Sekali, setelah OBD dicucuk, terserlahlah kenapa penjual itu sangat tersakiti apabila mendengar nama SCRUT. Rupa-rupanya, suduh pusing odometer. Sudah pusing “mileage”. Sudah tipu bakal pembeli. Padanlah dia menggelabah apabila bakal pembila minta untuk di-SCRUT dengan SCRUT integrity inspection (Sii).
Rujuk gambar di bawah, pada skrin kereta tersebut odometer yang keluar adalah 11,168km tetapi daripada OBD adalah 21,107km. Maksudnya dia sudah pusing 10,000km. Padanlah dia benci betul dengan SCRUT. Penipu rupanya.
Maka, benarlah kata Uncle Awang SCRUT,
“Hanya penjual kereta penipu sahaja, yang membenci SCRUT..”
Hari ini, telah dibuktikan sekali lagi!
Original post: https://www.facebook.com/myscrutauto/posts/pfbid02Eo1Y9XvQZwHzHY8gJy8SW1ew91X9KyXM75kRXDGpjJa5fDT5T82uZwNLmJT4DD9el