fbpx

Punca Punca Wiper Rosak

Detective Scrut
in SCRUT Tips
Dec 11 ·

1.Getah wiper yang haus.

Keadaan wiper yang haus ataupun sudah keras haruslah digantikan getah yang fleksibel.Getah yang keras punca sapuan air di permukaan cermin tidak sekata dan boleh menyebabkan cermin depan calar.

Anda juga boleh mencampurkan windshield washer ke dalam tangki simpanan air wiper.

Fungsi windshield washer ialah:

1.Menghilangkan kotoran,serangga,kesan minyak & kotoran berat lain dari cermin.

2.Memberikan lut sinar kepada cermin depan &meningkatkan keselamatan pemanduan.

2.Gerakan wiper lambat.

Selalunya disebabkan oleh bahagian sistem penggerak wiper yang telah karat/kotor memberi kesan kepada arus elektrik dan biasanya membuat wiper blade bergerak lambat.Bersihkan karat dengan semburan cecair anti karat,jika teruk ia mesti diganti.

3.Wiper tidak bergerak sama sekali.

Mungkin berpunca daripada motor elektrik,perlu menggantikannya jika ia rosak.Kedua,jika fius yang bermasalah iaitu fius pecah bermakna terdapat arus elektrik yang berlebihan.

4.Dynamo wiper (Motor wiper) rosak.

Kerosakan yang selalu terjadi ialah gegelung terbakar disebabkan oleh litar pintas arus elektrik di dalam kereta.Jika ini berlaku,wiper boleh dikatakan rosak sepenuhnya dan mesti diganti baru seperti motor wiper ini.

Hubungi Kami:

?01116222987

☎️0342665556

?Booking Online for SII :

https://sepana.net/b/ghvnA

?SCRUT AUTO SDN BHD

232,Lorong Auto Nibong Taman U-Than

Jalan Ampang 55000,Kuala Lumpur.

Original post: https://www.facebook.com/myscrutauto/posts/189269266078592

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with