Rajin membaca jambatan ilmu, malas membaca jambatan apa?

Admin
in Real Story
Apr 25 ·

Uncle terbaca ada seorang pengguna SCRUT ni macam marah-marah di ruangan komen, dia kata SCRUT tak kasitau yang laporan Advanced SCRUT Usedcar report (ASUr) mengambil masa lama sikit. Walhal, dia boleh untuk mesej tepi.

Dia mencadangkan sebelum “checkout” keluar “disclaimer” memberitahu perkara tersebut sebelum bayaran dibuat. Ya, semua itu sudah lama ada di situ. Samada dia membaca atau tidak sahaja. SCRUT bukan baru lahir hari ini, banyaj musuh yang cuba mencari kesalahan kami.

InsyaAllah, kami telah cuba sedaya upaya untuk memastikan hak pengguna dan undang-undang dipenuhi sebelum anda membuat pembayaran. Takkanlah SCRUT yang lahir dariapea roh marhaen yang nak lawan penipu, nak menipu orang pula. Kan?

Tentang SCRUT Usedcar report (SUr), ia bukan sebab mahal jadi laju. Ia sebab ada carian manual. Sistem akan merangkak mencari data-data lain. Untuk mendapatkan data yang optimum, kami perlulan 24-48 jam.

Uncle nak nasihatkan kita semua untuk rajin membaca. Membaca jambatan ilmu. Bangsa membaca bangsa berjaya. Iqra’!!

😉

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid02xC4XrLqVRbqByZ25skiyP7rmfdXoBFEErWX7GVJxxnYuvwiNbJcj9ou1FXQGFTfNl

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with