Semalam Uncle tolong SCRUT kereta BMW F30 AJR596 yang ditambah oleh saudara Remy Ampang untuk “cuci taik” Honda Day Malaysia 2024 sebagai hadiah Grand Prize.
Maka ramailah yang minta Uncle SCRUT-kan kereta BMW tersebut. Hasil laporan SUR (SCRUT USEDcar REPORT) mendapati kereta tersebut dilaporkan mempunya 2 kemalangan “own damage” yang bertaraf “high severity”.
Uncle ada sebut semalam mungkin dia terbabas ke, langgar sendiri atau lain-lain. Pagi ini disahkan. Kemalangan pertama, BMW tersebut dilaporkan tegelincir dan melanggar pembahagi jalan. Manakala kemalangan kedua, tengah parking kena langgar lori.
Maka, benarlah laporan SUR? Kan?
Jadi, buat korang yang ada #MindaSkeptikal terhadap kereta terpakai dan recond. Ingat, taknak kena tipu beli kereta?
SCRUT dulu!
Ingat juga, pembenci SCRUT pasti PENIPU!
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid0Gmz8muWxCJS3yEi6nYiCuxmAj5S7uwSXFYY8kyTtkXHLFyG2un7nD6WF6WiV3qa9l