fbpx

Salam jumaat dan salam 20 juta.

Detective Scrut
in Media Review
Nov 29 ·

Ketika surat terbuka kami kepada menteri kesihatan disambut baik.

Rujuk : https://bit.ly/2DsEf6g

Ada seorang netizen yang cuba mempertikaikan hujah kami.

Sebenarnya jawapan seperti itu tidak boleh diterima. Ya memang benar bidang-bidang kuasa tertentu menghadkan kerja menteri. Sebab itu awal-awal lagi kami sudah menyebut perkataan..

POLITICAL WILL, KEAZAMAN, dan ILTIZAM.

Setiap minggu ada mesyuarat kabinet, boleh suarakan di situ. Boleh juga menyatakan cadangan untuk mengharam arak secara total supaya kementerian atau entiti yang terlibat boleh member sokongan atau kerjasama.

Kata orang Tanzania,

“Nak seribu daya, taknak seribu dalih.”

Lihat sahaja menteri kereta terbang. Dengan political will, keazaman dan iltizam beliau, akhirnya kereta terbang jadi kenyataan. Menteri juga seorang MP, boleh juga cadangkan di parlimen.

Lihat juga menteri KBS, dengan semangat dan kepercayaan terhadap apa yang ingin dibawa, walaupun KBS tak jaga MOT, Gojek diluluskan di kabinet. Jadi MOT terpaksa buat kajian untuk menjayakan iltizam menteri muda itu.

Jangan lupa juga, timbalan menteri pendidikan. Walau tak fasih berbahasa Melayu, walau hanya timbalan. Berapa kali dia overrule menteri penuh dan menjayakan isu-isu sekolah Cina.

Inilah yang dinamakan POLITICAL WILL, KEZAMAN dan ILTIZAM.

Itulah yang dipanggil, NAK SERIBU DAYA, TAKNAK 1 ALASAN PUN CUKUP.

Harapnya nanti depan tuhan rabbul jalil, boleh la jawab..

“Kementerian saya takda kuasa, takda cara nak selesaikan. Yang mati kena langgar dengan pemandu mabuk tu salah MOT, KDN dan PBT..”

We SCRUT, we never get SCREWED!

Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/716938208791361

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with