Tengahari tadi saudara Iman Zulkarnain ke kedai “used car” tempat seorang penjual kereta yang pernah tular suatu ketika dulu kerana membongkar kebobrokan industri “used car” tanah air.
Iman bersemangat hendak ke sana kerana rasa dijemput oleh individu terbabit setelah beliau ada meninggalkan komen di video Iman yang sebelum ini. Iman rasa dia dah dapat tempat nak beli kereta.
Yelah, Iman ingat apabila “pempengaruh” itu meninggalkan komen di videonya tempoh hari, ia seperti menjemputnya untuk melihat kereta-kereta yang dijual oleh beliau yang dikenali berkempen hanya menjual kereta-kereta terpakai yang terbaik.
Lagipun, ramai juga orang yang recommend untuk beli kereta terpakai daripada beliau yang ada “tagline” tersendiri.
Malangnya, kehadiran Iman mungkin telah menimbulkan rasa kurang senang pihak tersebut. Layanan acuh tak acuh, dan yang paling kami terkesan apabila “salesman” di sana bagitahu konsep kedai mereka adalah hanya dengan “submit” loan baru boleh tengok kondisi kereta.
Dah kena nak submit loan dulu kan? Kena kasi tengok kereta dulu lah. Tindakan mereka di sana menyebabkan Iman rasa kecewa. Ya, benar Iman pengguna sistem SCRUT. Tapi sangkaan Iman “pempengaruh” tersebut akan meraikan kehadirannya. Malangnya beliau cuba mengelak.
Cumanya, kalau kita dah sembang jual kereta terbaik selama ini. Kenapa nak takut Iman datang. Betul tak? Iman hanya watak sampingan dalam drama Nur 2 sahaja. Itu pun jual air sahaja. Bukan dia jadi Ustaz Madi.
Kesimpulannya, tiada kedai yang benar-benar “clean”, tiada. Begitu juga penjual yang benar-benar “clean”. Melainkan telah dibuktikan sebaliknya dengan amalan #SCRUTdulu
Apa-apa pun, nak beli kereta, SCRUT dulu! SCRUT kereta, bukan SCRUT penjual, mahupun kedai.
Tau?
Original post: https://www.facebook.com/watch/?v=1563118727885848