Satira skrip penjual kereta yang penipu.

Admin
in Real Story, SCRUT On Media
Jan 27 ·

Aku yakin ramai yang dah biasa dengan skrip seperti dalam video lakonan semula ni. Mana tidaknya, skrip ni lah berulang kali penjual kereta keluarkan.

“Lady owner”, “Haji owner”, yang terbaru kereta orang kaya tak pakai sangat sebab tu odometer rendah.

Kenapa penjual kena cakap macam ni? sebab lebih mudah untuk dijual. Pembeli memang nak dengar cerita yang macam ini. Kalau dah diberitahu pernah kemalangan, siapa nak beli kan?

Tapi sebagai penjual yang jujur, kenalah beritahu juga kan. Walau apa pun kondisi kereta tu. Bila pembeli dah tahu, tapi nak juga kereta tu boleh lah nego harga atau hantar pergi “inspection” dulu untuk pengesahan.

Nak beli kereta ni bukannya macam nak beli baju. Sekali dapat yang tak elok kena tanggung bertahun-tahun.

Korang rasa apa lagi skrip yang selalu digunakan?

Cuba komen, komen siapa yang paling win aku nak belanja hadiah sikit dari SCRUT.

#broscrut #satira #scrut #broscrutnasihat #taknakkenatipubelikeretascrutdulu

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/videos/1502848697391064/

    Leave a Reply
    created with