Scrut akan menyaman Sifu Forex trading

Admin
in Real Story
Apr 10 ·

Pihak SCRUT telah menerima aduan tentang kenyataan seorang Sifu Forex Trading yang bernama Ahmad Faizuddin bin Razali yang telah memfitnah SCRUT dengan kenyataan yang sangat jahat.

Kenyataan fitnah yang dinyatakan olehnya adalah,

“Saya ingin membuat laporan terhadap beberapa kesalahan jenayah yang dilakukan

oleh Aliff Ahmad, iaitu: …Doxxing, iaitu pendedahan maklumat peribadi lawan beliau

melalui platform SCRUT kepada umum tanpa kebenaran, dengan motif jahat dan

bermotifkan politik.”

Kenyataan di atas adalah satu kenyataan yang jelas fitnah yang mana SCRUT tidak pernah terlibat dengan aktiviti “doxxing”. Jika SCRUT terlibat, sudah pasti SCRUT telah diambil tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.

SCRUT hanya mengeluarkan data awam yang boleh didapatkan secara terbuka melalui SSM . Jadi, di manakah ianya perbuatan “doxxing”? Sejak bila SCRUT menjual data peribadi orang?

Selain itu, SCRUT tidak pernah mengambil tempat di dalam hidup bos kami, Aliff Ahmad. Jika Sifu Forex Trading punya masalah dengan beliau, kenapa hendak dikaitkan SCRUT dan memfitnah kami.

Demi menjaga nama baik SCRUT. Kami telah mengarahkan peguam kami untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Sifu Forex Trading itu demi mencari kebenaran dan membersihlan nama baik SCRUT.

SCRUT adalah entiti perniagaan yang menitik beratkan integriti dalam aktiviti perniagaan dan tidak akan melanggar undang-undang. Selain itu, SCRUT juga tidak pernah terlibat dengan mana-mana parti politik. Jelas, SCRUT adalah entiti perniagaan, bukan politik.

Justeru, kami berharap saudara Sifu Forex Trading, Ahmad Faizuddin bin Razali boleh membuktikan di mahkamah segala kenyataannya terhadap SCRUT adalah benar dan bukan fitnah.

InsyaAllah, kita jumpa di mahkamah!

😉

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid02CRZUC6endSzPy3LxKjtiHsp4z3njzmDEFMb1wPFG3j7hV7uz4rgMqRDKE5hsNvkKl

    Leave a Reply
    created with