“SCRUT, WORKSHOP DEKAT MANA? TOLONG INSPECT/CHECK KERETA SAYA!”
“SCRUT, BUKALAH INSPECTION CENTER. KAMI PERCAYA SCRUT JE!”
“SCRUT PATUT GANTI PUSPAKOM! SCRUT MILIK RAKYAT, PUSPAKOM MILIK KERAJAAN!”
10 BULAN lepas ketika awal-awal SCRUT muncul, begitulah antara ucapan-ucapan dan permintaan-permintaan yang kami terima dari rakyat marhaen yang semestinya penyokong-penyokong kami.
SCRUT tidak lahir dari atas kayangan mahupun di dalam dulang emas, dari mana-mana insentif kerajaan, dari kroni-kroni politikus atau dari dana kapitalis. SCRUT lahir dari perasaan para marhaen yang ditindas dan ditipu buat sekian lama.
SCRUT lahir dari hati dan perasaan rakyat. SCRUT wujud kerana sebuah perjuangan. SCRUT kekal kerana rakyat marhaen terus menerus bersama perjuangan kami.
TERIMA KASIH SEMUA! DARI HARI PERTAMA DAN SELAMA-LAMANYA!
JADI, kami sedaya upaya cuba merealisasikan permintaan-permintaan para penyokong kami yang baik dan rasional. Yang kami kira mampu memberi impak positif kepada industri permotoran negara. Dalam masa yang sama membantu rakyat marhaen untuk selamat dari ditipu kapitalis jahat dan manusia yang tidak jujur.
MAKA, kami telah merangka penubuhan SCRUT AUTO, sebuah 1-Stop Center yang akan menjalankan servis INSPECTION, FAST SERVICE dan REPAIR kereta. Tak kira apa jenis kereta, apa jua model, insyaAllah kami mampu menjalankan tanggungjawab tersebut dengan baik.
KERANA, SCRUT AUTO ini diurus dan dikendalikan oleh jurutera-jurutera dan mekanik-mekanik pakar yang telah bergelumang lebih 15 tahun dalam industri ini. Mereka pernah menimba pengalaman di FIAT, FERRARI, MITSUBISHI, PROTON, PERODUA, MERCEDES, BMW, LAMBOGHINI, CITREON, HONDA, TOYOTA, AUDI, PORCHE, VW, NISSAN dan banyak lagi.
INSYAALLAH, dalam awal bulan 4, SCRUT AUTO akan berjalan sepenuhnya. Tolong doakan kami dan terus menyokong kami.
Lokasi : Jalan Ampang, WPKL (Waze : Scrut Auto Ampang)
SEKALI lagi, kami mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan buat mereka yang terus menerus menyokong perjuangan kami.
SCRUT for the TRUTH!
Get SCRUT before WE get SCREWED!
-Ikhlas
The FOUNDERS
Original Post: https://www.facebook.com/myscrutauto/posts/136895474649305