Scrut bukan macam Jebon!

Admin
in Real Story, SCRUT On Media
Jan 23 ·

Tadi, ada masuk satu tangkap layar. Ada orang hantar. Kata pasal “inspection” SCRUT ada masalah. Walaupun sekali lalu baca takda masalah. Sebab ia bukan salah SCRUT, polisi SCRUT.

Kalau salah, ia salah orang. Salah inspektor SCRUT. Kesalahan sebagai manusia. Yang menurut cerita itu ia telah dibetulkan. Ya, tiada yang sempurna selain Allah. Walaupun begitu, ia tetap perkara yang serius pada kami.

Uncle terus suruh pasukan integriti SCRUT menghubungi mamat Imran tu. Rupanya, dia hanya bercerita. Cerita daripada kawan. Tapi pasukan integriti tetap mengambil serius. Kami dapatkan kawannya. Tapi, kawannya kata takda apa. Takda isu.

Kalau betul inspektor itu memang bermasalah. SCRUT tidak teragak-agak mengambil tindakan serius iaitu buang kerja. Bab integriti, SCRUT tak main-main. Korang kena tahu. Setiap inspektor SCRUT telah tandangan SD (akuan bersumpah) dan telah melafazkan sumpah mubahalah untuk tidak mengkhianati integriti.

Jadi, si Imran ni yang kaki fitnah rupanya. Budak Jebon memang perangai macam tu. Yang Jebon terang-terangan ajar menipu tanpa malu. Dia boleh masih menjilat licin manusia seperti itu. Seolah-olah membenarkan kata-kata ini,

“Seorang PEMBOHONG akan dibela oleh para PENDUSTA. Dikelilingi para PENJILAT. Disanjung para PENGKHIANAT dan didoakan para MUNAFIK.”

Setelah kantoi si Imran itu memfitnah. Dia terus padamkan komen itu dan meminta maaf. Kalau dia tak minta maaf. SCRUT tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kerana memfitnah. Naik turun mahkamah bukan isu untuk bos-bos SCRUT.

SCRUT bukan Jebon. SCRUT kerjanya lawan penipu. Jebon takpalah. Dia boleh cuci-cuci, cat balik barang terpakai dan isytihar barang baru. Dia boleh jual kereta yang kemalangan “total loss”. Dia sanggup jual barang Murugan kata Mugen.

Imran jangan jadi macam Jebon. Jadilah budak baik. Jadi warga yang tidak menjadi “enabler” kepada penipuan dan membela masyarakat daripada ditipu. Lawan penipu, bukan kawan dengan penipu.

😉

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid0VBGVjjNuhWTYymgEdC9HgwHuVTqwR8V9KEiHZzQd6TSELSNAkUEwnn8bXEt3eDS8l

    Leave a Reply
    created with