Mengenang tempoh 2 tahun, kalau manusia masih lagi dikira baby. Tapi SCRUT macam harimau. Umur 2 tahun dah boleh menerkam dan membunuh.
Tarikh sebenar SCRUT muncul adalah 13 May. Tarikh keramat yang menggemparkan negara dan industri. Ramai yang memuji, ramai juga dengki.
Apa pun, betapa banyak seller penipu yang dah tumbang dan tumpas oleh harimau merah ini. Industri juga kian merubah. Kalau dulu nak jumpa kereta grade 5 atau 6/S ni sangat jarang. Sekarang ini makin banyak.
Alhamdulillah, industri telah mula berubah. Tapi, kaum penipu-penipu ini pun berevolusi makin cerdik. Macam-macam cara dan gaya diorang nak terus menipu. Jangan lalai dan jangan alpa.
Sebab itu kempen kami bukan setakat ini sahaja, bahkan SCRUT adalah sebuah perjuangan, mendidik mesyarakat menjadi cerdik. Bukan dalam hal beli kereta sahaja, tetapi dalam segenap sudut kehidupan.
SCRUT bermula dengan menjual inspection report dari Jepun, kemudian ditambah pula report MOT dari UK. www.scrut.my
Atas permintaan masyarakat, SCRUT membangunkan Scrut Auto pula, kemudian membangunkan Sii (SCRUT Integrity Inspection). www.scrutauto.com dan https://inspect.scrut.my/
Orang ramai complain, minta kami sediakan platform untuk kereta-kereta elok, kami bangunkan SCRUT Listing untuk para seller yang menjual kereta yang menepati syarat kereta elok kami.
Dalam masa yang sama, kami bangunkan Interepo untuk masyarakat SCRUT syarikat agar tidak terus menelan segala dakwaan manusia.
Untuk mendekatkan masyarakat dengan peguam pula, kami bangunkan Tuntut, supaya masyarakat berasa mereka tidak jauh dari keadilan dan undang-undang.
Bagi membantu workshop-workshop dan pomen-pomen, kami juga bangunkan Sepana.net yang sangat power bagi menguruskan workshop.
Selain itu, SCRUT juga telah mengeluarkan geran SCRUT4startup bagi membangunkan Cybertrooper.
Kami juga bekerjasama dengan pihak seperti Carver.my untuk memudahkan urusan renew roadtax, takaful dan lesen.
Buat semua yang terus menyokong kami, tiada ucapan yang lebih baik dari TERIMA KASIH dan semoga Allah merahmati kalian.
Sumpah dan janji kami masih lagi utuh, SCRUT lahir dari roh marhaen yang ditindas selama ini, takkat sekali-kali kami mengkhianati masyarakat yang selama ini mendukung kami.
Walaupun kami telah diugut, dihantar peluru, dan diheret ke mahkamah, jiwa kami masih tetap teguh dalam perjuangan ini. Kerna kapal sudah berlayar jauh, sudab berlabuh di daratan baru. Bak kata Tariq bin Ziyad,
“Di belakang kita lautan, di depan kita musuh. Kita harus memilih kemenangan atau syahid. Kita tidak akan pulang sebelum mencapai tujuan itu.”
Buat para pembenci kami, kalian boleh terus membenci kami. Kami takkan sesekali tunduk dengan kebencian kalian, dunia ini terlalu indah dan luas, kewujudan kalian tidak menggusarkan kami, begitu juga ketiadaan kami langsung tidak menjejaskan kehidupan kalian.
Get SCRUT before WE get SCREWED!
SCRUT for the TRUTH!
SCRUT dah 2 tahun!
TERIMA KASIH SEMUA!!!
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/1106139463204565