Sejak tertubuhnya SCRUT, banyak pengalaman yang Bro Man diberitahu oleh pengasas SCRUT sendiri tentang pengalaman beliau dan rakan kongsi boss Nik Izwan Kamel.
Ada kes sampai peluru hidup di pejabat, dan ugutan dari bermacam bangsa yang merupakan kapitalis penjual kereta. Mungkin tidak puas hati dengan kewujudan SCRUT.
Saman bertimbun tapi tidak gentar dan terus melawan. Itulah SCRUT, mungkin ramai yang tak suka juga tapi korang kena ingat SCRUT lahir bukan untuk disukai tapi dijadikan tempat untuk korang semak kereta terpakai sebelum beli.
SCRUT tidak perlukan kekayaan, cukuplah keberanian dan ketelusan dalam kami membuat kerja untuk bantu masyarakat yang tertindas.
Ada beribu kes yang datang kepada kami setelah ditipu dan tidak tahu nak buat macam mana. Solusi kami bagi apa? pergi buat laporan ke Tribunal. Tak tahu cara? kami juga ada #PAKASCRUT yang boleh bantu kalian buat tuntutan.
SCRUT bukan syarikat besar. Takde pelabur juta-juta. Tapi kami ada satu benda yang kapitalis susah nak beli iaitu integriti. Kami tak jual nama. Kami tak sujud pada untung. Kami tak sembah trafik media sosial.
Kami buat kerja sebab tanggungjawab. Kami buat kerja sebab kami percaya kalau bukan kita jaga rakyat, siapa lagi?
Hari ini, ada ratusan ribu pengguna dah guna SCRUT. Bukan kita buat kerja ni siapa lagi boleh buat?
Tapi kami baca semua komen. Kami baiki. Kami “improve”. Kami tambah database. Kami latih staff. Kami dengar masalah. Dan kami hadap dengan hati terbuka.
SCRUT juga dilihat sebagai ancaman oleh banyak syarikat penjual kereta. Ada yang pernah ajak ‘settle bawah meja’. Tapi kami tak pernah tunduk. Kami tahu sekali kami jual prinsip, habislah roh SCRUT.
Dan SCRUT bukan benda fizikal. SCRUT adalah roh. Roh perjuangan rakyat. Roh yang percaya rakyat perlu dilindungi.
Pernah juga kami difitnah sebagai ‘penunggang isu’. Katanya kami hanya nak jadi popular. Tapi kepada yang pernah datang ke pejabat kami mereka tahu.
Meja kami bukan marble. Kerusi kami pun bukannya leather. Tapi kami ada fail-fail kes rakyat yang kami susun, teliti, dan perjuangkan. Kami bukan pencari publisiti. Kami pencari keadilan.
Bukan mudah untuk kekal berdiri selama ini. Ada staf yang “burnout”. Ada yang menangis. Ada yang kena ugut keluarga. Tapi kami tetap teruskan. Sebab kami tahu selagi ada penjual kereta yang tak jujur, selagi itulah SCRUT perlu hidup.
Kini, SCRUT bukan sekadar platform semak nombor casis. SCRUT adalah gerakan rakyat. Kami buat video penerangan. Kami buat bengkel pengguna. Kami turun padang. Kami guna semua “platform” untuk sampaikan satu mesej iaitu JANGAN BELI KERETA TERPAKAI TANPA SEMAK!
Kami tak paksa orang guna kami. Tapi kami minta tolonglah semak. Guna mana-mana platform pun tak apa. Tapi SEMAK! Jangan jadi mangsa. Jangan biarkan “scammer” senang-senang hidup mewah hasil titik peluh korang.
Ingat! Tak nak kena tipu beli kereta, SCRUT dulu!
#kebenaranbukanuntukdisukai #scrutdulubarubeli #scrutdulu #scrut #MindaSkeptikal
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/videos/24135869779338448/