fbpx

“Scrut, kenapa dalam auction report ada gred R, lepas tu jadi gred 4?”

Bila dapat kenderaan yang ada banyak report ketahuilah terdapat beberapa kebarangkalian :

Soalan yang sama juga,

“SCRUT, kenapa dalam auction report gred 4, lepas tu jadi gred R?”

Bila dapat kenderaan yang ada banyak report ketahuilah terdapat beberapa kebarangkalian :

1. Masuk auction 2,3,4 kali baru terjual. Biasanya jenis ni, semua report sampai date paling latest lebih kurang sama. Mungkin ada beza sikit-sikit sebab preference inspector ni berbeza.

2. Masuk auction mula-mula dengan gred R, sebab malas nak repair and touchup, tapi tak terjual, susah nak terjual. So, bawa balik touchup, repair elok-elok, masuk balik. Dapat gred 4 baru terjual. Biasanya jenis ni, gred latest dia elok, gred lama tak elok.

3. Sudah terjual dekat auction house beberapa kali. Mungkin masa terjual di Jepun gred 5, dah dipakai dekat Jepun, kemudian dijual balik, masuk auction dapat gred rendah sebab kereta dah makin tua. Jenis ni pun ada.

Jadi jangan pening-pening, tengok date elok-elok. The latest date is the latest condition in Japan. Kalau rasa tak puas hati, nak 3rd opition, boleh hantar ke

Scrut Auto

untuk buat Sii (SCRUT Integrity Inspection).

Kerja mereka adalah melakukan inspection, bagi grading dan advise apa yang perlu direpair dan ditukar ganti. Jadi ada beberapa kaum yang boleh memanfaatkan Sii ini.

1. Seller yang dapat Gred R di Jepun.

Dia boleh touchup dulu, repair apa yang patut. Selagi kereta dia tak rosak sampai ke chasis (bukan RB atau RC), dah ganti dan repair secara profesional mengikut specs dan standard. InsyaAllah, gred dia boleh balik normal.

Lagipun, maksud RECOND CAR which means reconditioned car. Maksudnya, seller kena touchup dan repair apa-apa yang patut supaya ia seakan baru.

Tapi, siapa yang nak check dan pastikan mereka benar-benar telah meRECONDITIONEDkan kereta mereka setelah sampai ke Malaysia? Terutama yang gred R? Itulah Sii diwujud untuk anda!

2. Seller yang tiada auction report.

Seller ambil kereta dari ejen yang beli bulk. Ada yang beli dengen used car di Jepun. Di Jepun, ada sindikit pusing meter dan kondisi kereta oleh gang-gang ejen ni. Berbeza dengan auction, ia kereta milik orang awam yang tiada kepentingan.

Ejen-ejen ini dah tahu kewujudan SCRUT, jadi mereka yang pusing meter dan tipu condition untuk jual harga lebih mahal kepada dealer-dealer atau (ap holder) yang malas nak cari kereta sendiri. Biasanya ejen penipu ni bukan bangsa Jepun lah.

Jadi untuk memastikan kereta mereka itu elok, mereka buat Sii untuk menunjukkan kereta mereka bagus. Ada yang kena touchup balik, dan datang balik. Seller macam ni memang kita kena salute. Dia nak jual kereta elok je.

3. Buyer bijak 1

Buyer jenis nak make sure semua elok dengan opinion kami. Walaupun auction report dah gred 4. Dia tetap nak puaskan hati dia.

Mungkin ada yang inspector di Jepun terlepas pandang tapi di Malaysia tak terlepas. Tambahan pula, sistem grading dan point check kami lagi strict.

Buyer boleh nego harga lagi atau minta seller repair atau ganti apa-apa wear & tear yang inspector kami nampak. Dia akan dapat kereta yang dia benar-benar puas hati.

4. Buyer bijak 2

Ini jenis dah buat research dan dah faham nature dan industri kereta recond. Dia memang nak beli kereta recond yang bergred R kerana dia tau harga bidding di Jepun agak murah. Dia tau bukan semua R itu kereta hancur.

Dia minta seller hantar buat Sii untuk pastikan tiada major issue. Segala point dan marking yang inspector Sii bagi, dia guna untuk minta kurang harga atau minta ganti. Dia akan dapat bargain price dan bargain value.

——

Maka, jangan pelik kalau auction report dia di Jepun bergred R dan di Sii dia dapat gred B. Maksudnya, dia dah repair sehabis baik dah, itu yang sampai boleh dapat gred B. Dengan ertikata yang lain, banyak barang dah tukar dan value sudah naik.

Difference man, difference way. Terpulang kepada korang semua. Kami sudah menurut kemahuan korang semua. Kami buat Sii untuk tolong semua pihak. Seller dan buyer.

Masing-masing ada hak dan peluang. Keadilan untuk semua.

Get SCRUT before WE get SCREWED!

SCRUT for the TRUTH!

——

1. Nak check auction report kereta recond?

www.scrut.my

2. Nak view kereta-kereta yang cantik ikut syarat SCRUT?

scrut.my/listing

3. Nak inspection kereta anda? Used atau recond? Untuk tujuan jual atau beli?

https://inspect.scrut.my

Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/954823215002858