Sebelum korang baca bawah, aku harap korang baca 2 artikel tentang SCRUT LISTING..
1. https://www.facebook.com/105712747806123/posts/124313002612764/
2. https://www.facebook.com/105712747806123/posts/129871955390202/
Dah baca? Ok.. Cool!
Kami buat SCRUT LISTING ni atas permintaan korang semua. Korang minta opinion kami nak beli kat mana, mana nak cari kereta bagus, minta recommendation kami, etc.. Jadi kami buat SCRUT LISTING untuk korang. Korang tak payah susah-susah dan membazir nak beli report lagi. Betul tak?
Syarat nak masukkan kenderaan ke SCRUT LISTING ni ada 4 :
1. Ada report auction dari SCRUT (UK atau Jepun).
2. Gred 3 ke atas untuk report dari Jepun.
Bukan kereta curi jika dari UK.
3. Ada SII (SCRUT INTEGRITI INSPECTION) dari Scrut Auto.
Ini usaha kami untuk manjadikan listing kami adalah listing untuk kereta-kereta yang berkualiti sahaja.
—-
Baru-baru ini ada seorang salesman/broker telah datang menyerang SCRUT dengan memfitnah kami bekerjasama dengan dealer dan kami sendiri jadi dealer untuk menipu masyarakat.
Macam yang kami telah sebut selama ini, salesman/dealer yang benci SCRUT ni biasanya jual kereta low grade or accident. Salesman/broker penipu yang terkesan dengan kewujudan SCRUT.
Kalau dia ada kereta baik, beli report SCRUT, list jelah kereta-kereta dia. It’s free. Bukan kena bayar pun. Tapi dia tetap nak menuduh dan memfitnah kami mempromosi kerete-kereta seller penipu.
Bila kami minta bukti, sampai sudah takda bukti. Jadi kami tak boleh buat apa-apa tindakan. Apa yang pasti, masalah gred dan mana nak dapat kereta gred ok, kami dah cuba selesaikan.
Mungkin dia marah ada seller buang harga. Isu buang harga dan jual di bawah market value ni bukan isu di SCRUT LISTING sahaja. Banyak kemungkinan seperti nak clear stock atau funder nak pakai duit.
Di Mudah, Calist etc juga ramai je seller buang harga. HARGA bukan dalam kawalan kami! Willing seller, willing buyer. Kalau mereka tipu, segera laporkan kepada kami!
—-
Seller menipu?
Kami sudah sedikan button report untuk korang semua report jika seller menipu. Button warna merah tu!
Jika seller datang bawa kereta lain masa viewing, tak sama no chasis dan specs seperti yang dia iklankan. Sila report dengan segera.
Jika seller jual dengan harga lebih tinggi dari harga yang diiklankan, ada apa-apa hidden cost yang dia tambah. Sila report juga dengan bukti-bukti yang nyata.
Kami akan mengambil tindakan yang keras terhadap mereka tanpa kompromi. Mereka akan diban dari SCRUT LISTING, nama salesman/broker dan syarikatnya akan kami viralkan!
Jangan main-main dengan SCRUT!
—-
Buat salesman-salesman dan broker-broker yang benci dengan SCRUT, takpalah. Tapi jangan fitnah kami. Kau carilah kereta elok dan listlah di SCRUT. Kami tetap akan promote kereta korang. Jangan risau.
Kalau kau ada data dari kastam, miti atau polis untuk integrate dengan sistem SCRUT untuk kesan penipu pula, sila pm kami. We gonna go to the next level! Setakat ini, itu jelah yang kami mampu kawal.
—-
Kami boleh bantu masyarakat setakat ini macam itu sahaja. Kalau ada data lain insyaAllah kami akan tambah lagi. SCRUT lahir dari roh marhaen yang ditindas dan ditipu sekalian lama. Takkan sesekali kami mengkhianati kepercayaan korang semua!
Get SCRUT before We get SCREWED!
SCRUT for the TRUTH!
?
Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/870466290105218