Ini satu kes yang jarang berlaku. Walaupun jarang, tapi patennya adalah sama. Dalam 99.99% pelanggan SCRUT, insyaAllah tiada masalah dan sangat bijak. Tetapi, 0.01% tetap ada yang bermasalah. Ya, yang sempurna hanyalah Allah!
Tanpa menafikan SCRUT juga tidak sempurna. Ada terkhilaf disebabkan kelemahan sebagai makhluk. Tetapi, kami akan tanggapi semua itu dengan rasa insaf dan penuh tanggungjawab. Yang jarang dan 0.01% ini adalah bukan khilaf SCRUT, tetapi masalah pelanggan itu sendiri.
Sebagai contoh, pelanggan ini telah mengeluarkan komen yang mengatakan SCRUT menipu. Alasannya adalah selepas dia semak dengan kawannya seorang anggota trafik, kenderaan yang diperiksa itu terlibat dengan kemalangan serius.
Maka, pasukan SCRUT terus menjalankan siasatan. Mula-mula kami semak no chasis yang dia semak di dalam sistem, kemudian kami minta salinan geran untuk memastikan dia isi no chasis yang betul dan sama dengan geran kereta tersebut. Tetapi, dia tidak mahu berikan geran tersebut.
Jadi, kami minta laporan rasmi daripada pihak anggota trafik yang katanya kenderaan yang dia semak itu ada kelamangan teruk. Jadi, kami boleh tengok no chasis tersebut sama ke tidak. Pun dia taknak bagi.
Kami rasa pelik. Jadi bos Uncle minta tolong Uncle, tanyakan dekat kawan Uncle di jabatan trafik no chasis yang pelanggan ini bagi. Nyata jawapan daripada kawan uncle itu tiada laporan kemalangan. Jadi, kami tahu yang pelanggan ini sedang berdusta.
Selepas pasukan admin kami mendesak untuk dapatkan geran kereta tersebut. Dia jawab, dia dapat no chasis tersebut daripada penjual. Setelah semak silang dan “try & erro”dijalankan, pelanggan tersebut mungkin telah tersalah isi masuk no chasis. S dia masukkan 5. Jadi laporan kereta lainlah yang keluar.
Pelanggan ini tidak mahu kalah. Dia salahkan sistem SCRUT pula. Walhal sistem hanya bergerak mengikut apa yang dia minta atau isi. Selepas itu, sistem akan buat panggilan kepada beberapa penyedia data (data provider). Setiap panggilan dikenakan bayaran terus. Jadi, kerja kami telah selesai. Sistem tidak tahu kereta atau no chasis apa yang kita nak semak. Hanya ikut apa yang diminta sahaja.
Rujuk “disclaimer” di gambar 2 pada perenggan terakhir.
Disebabkan ia bukan khilaf pada SCRUT, pihak kami dengan tegas tidak melayan kebod0han ini. Pelanggan ini mahu mengugut untuk buat laporan polis dan sebagainya. Kami suruh dia buat segera. Dia juga mengancam untuk menularkan kes ini. Kami juga ucapkan semoga berjaya.
Admin kami telah angkat kes ini kepada bos SCRUT. Bos dengan tegas jawab,
“kalau dia kata SCRUT penipu secara terbuka, kita akan saman dia. Kita minta dia buktikan di mahkamah. Tengok dia nak tipu apa dalam mahkamah nanti.”
Korang kena tahu, SCRUT ini lahir untuk lawan penipu, bukan jadi penipu. SCRUT tidak akan berkompromi dengan mana-mana penipu. Termasuklah pelanggan yang menipu.
Uncle nasihatkan kepada pelanggan ini untuk minta ganti rugi dekat penjual kereta yang salah bagi no chasis tersebut. Jangan malukan diri untuk menegakkan benang yang basah di atas kesalahan sendiri.
Wallahu’alam..
ps : Kemaskini, rupanya penjual kereta juga. Padanlah..
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid0rofQTA4Zf9eRButznbRxPXwZfMPXg4Zumku2yDz6kccP6fgHkkD4z4mPfC7iLvD6l