Kau tengok menteri KBS ni.
Dia tak jaga MOT, dia tak jaga Kementerian Sumber Manusia, tapi dia bukan sekadar membawa cadangan, dia follow up cadangan dia sampai menteri MOT terpaksa akur.
Inilah namanya political will, keazaman dan iltizam seorang menteri. Dia tak bagi alasan cliche, yang MOT bukan di bawah jagaan dia untuk Gojek. Bahkan dia bawa Tun, bawa Nediem Makarim jumpa menteri MOT.
Saddiq juga bawa cadangan dia itu dalam mesyuarat kabinet. Menteri MOT yang dulu menolak idea Gojek ini terpaksa akur selepas itu. Kementerian dia terpaksa entertain cadangan menteri muda ini.
Hairan, kenapa ramai pentaksub menteri KKM sibuk memberi alasan yang arak bukan di bawah jagaan KKM. Dah tu menteri yang ada Phd Toxicology, jaga KKM dan Islamis tak mampu nak lobi kabinet untuk haramkan arak? Tak berani nak cadangkan di parlimen?
Kalau menteri UMNO/BN menjilat kaki botol dan kapitalis arak, kenapa menteri PH pun tak berani? Takut dengan kaki botol dan pemabuk? Nak cadang pun tak berani?
Berapa ramai lagi kau nak benarkan nyawa yang tidak berdosa dibunuh kaki botol?
Hairan!
๐
Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/717328498752332