Tokoh hebat ini macam nak mengejek SCRUT sebab SCRUT tolong promosi projek anak-anak muda yang bos Uncle “support”.
Uncle pelik, dia baca ke tidak yang SCRUT (melalui bos Uncle dan Scrut Auto “sponsor” atau menaja hadiah projek anak-anak muda yang “approach” bos Uncle untuk diorang “join” jualan di Star Vendors KLCC?
Tapi, kalau SCRUT jual Tshirt pun. Apa masalah? Haram ke jual tshirt? Kalau haram jual tshirt, nak jual apa. Jual youkachi ok? Apa punya “turr” akal manusia macam ini.
Dia tahu beza ke tidak beza falsafah entiti NGO dan perniagaan (business). NGO sepatutnya “non-profit based” manakala entiti business “profit-based”. Jadi, SCRUT sebagai entiti perniagaan, nak jual apa pun, apa masalah?
Uncle “go tru” dinding akaun dia, Uncle ternampak dia konsi hantaran lebai ISMA dan Nadim Johan (Tokki@Toqqi PPIM). Dalam hati berbisik,
“Padanlah IQ dan mindanya gagal sampai.”
Takpalah. Uncle tangguh dengan tasbih kaffarah dan ucapan, lakum diinukum, waliyadiin.