fbpx

Scrut tak profesional! Scrut tak korporat!

Detective Scrut
in Uncategorized
Dec 10 ยท

YA BENAR!

Tempoh hari adalah seorang founder portal kereta terkenal nganjing SCRUT kata SCRUT tak pandai branding lah, tak profesional lah, itulah, inilah.

Tapi dia sendiri tolong kapitalis kereta recond penipu promote penipuan mereka. Siap claim semua kereta mereka adalah gred A?!

Kah kah kah!

Di ruang komen kami, mesej masuk berlambak nama syarikat yang dia promote tu kantoi menipu! Ini branding kau? Ini nilai profesionalisme kau? Dengan menipu? Ini branding kau? Menjadi talibarut kapitalis penipu? Jadi anjing mereka?

Jadi, by principle, branding SCRUT adalah integrity produk kami. Nilai profesionalisme kami adalah maruah kami tidak boleh dibeli. Tidak akan menipu untuk kapitalis penipu.

Faham dah?

Ada juga yang kata SCRUT tak korporat. Aduh, sejak bila imej kami korporat. Sejak hari pertama kami indie dan rebel. Jadi imej ini akan kekal selamanya. Siapa tak suka, boleh baca Readers Digest. Jangan baca sini.

Kami jadi diri sendiri, tulis apa yang kami suka. Kami kongsi apa yang kami mahu. Yang pasti, kami takkan menipu anda, para pengguna dan rakyat. Kami takkan bersubahat atau menjadi talibarut mereka menipu anda.

Kami takkan ambil duit mereka walau sesen pun untuk mengaburi mata anda semua. Kami takkan sesekali terlibat dengan mereka. SCRUT adalah lambang kebangkitan pengguna melawan penipuan kapitalis industri.

SCRUT akan terus hidup selagi rakyat dan pengguna tidak mahu terus ditipu!

Ingat, get SCRUT before YOU get SCREWED!

Ditulis oleh,
Pakatan Admin SCRUT Sedunia!
www.scrut.my

Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/630522524099597

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with