Inilah bezanya SCRUT dengan yang lain. Jika SCRUT sekadar nak buat duit jual laporan, SCRUT boleh buat begitu sahaja. Tekan ads dan tinggal. Tunggu duit masuk.
Namun SCRUT ini bukan sekadar perniagaan, ia lebih daripada itu. Ia sebuah perjuangan. Itulah sumpah dan janji dalam hati kami ketika melahirkan SCRUT. Itu sebab SCRUT telah menolak banyak tawaran menarik.
SCRUT sanggup naik turun mahkamah. SCRUT sanggup diugut dan diancam. SCRUT tetap cekal dan kekal dengan prinsip. Sedikit pun tak goyah. Pesan bos Uncle,
โKalau kita mati, biarlah dalam perjuangan. Jangan mati dalam penunggangan..โ
Ini satu lagi kes sebenar. Saudara Indrawan telah bangkit melawan kapitalis jahat penjual kereta terpakai yang telah menipunya dengan memutar meter perbatuan.
Dengan sangkaan bacaan odometer seperti yang tertera iaitu 80,000km, saudara Indrawan tidaklah menyangka kereta yang dibelinya tersebut meragam terlalu awal. Rupanya-rupanya, bacaan sebenar odometernya adalah melebihi 200,000km.
Maka, dia telah bangkit melawan dengan mengfailkan tuntutan ganti rugi sebanyak RM5,000 di tribunal pengguna. Dengan bantuan pihak SCRUT, dia telah berjaya memenangi tuntutan ganti ruginya.
SCRUT telah hadir memberikan kenyataan dan persaksiaan untuk mempertahankan laporan pemeriksaan Sii (SCRUT integrity inspection). Nampak, SCRUT takkan tinggalkan mereka yang nak bangkit.
Itulah beza SCRUT dengan yang lain?
Masih nak membenci SCRUT?
Silakan..