fbpx

Scrut vs Seller | Anda pilih siapa?

Admin
in Uncategorized
Jul 5 ·

SCRUT lahir dari roh marhaen yang telah ditipu oleh kapitalis industri sejak lebih 30 tahun. Selama hampir lebih 30 tahun penjual kereta recond dan terpakai telah menipu rakyat Malaysia dengan mengubah mileage dan tipu claim condition kereta.

Penipuan telah menjadi industri standard selama ini sehingga lahirnya SCRUT. SCRUT telah mengambil inisiatif mendidik masyarakat dengan budaya #SCRUTdulu. SCRUT menyediakan platform (scrut.my) untuk menyemak report asal dari negara asal kenderaan diimport dari UK dan Jepun.

Hal ini telah mencetuskan kemarahan kaum seller sehingga SCRUT begitu dibenci oleh kaum seller. Pelbagai cara digunakan mereka untuk menjatuhkan SCRUT. Memfitnah, memburukkan, membina persepsi jahat dan mewujudkan prasangka secara langsung atau tidak langsung.

SCRUT telah sedaya upaya melawan kapitalis-kapitalis jah4t untuk melindungi hak rakyat marhaen. Daripada inspection report dari auction houses, Japenese Auction Report (JAR), kepada Japanese Registration Certificate (JRC), kemudian lahir SCRUT Auto dengan Sii, sehinggalah SCRUT listing dan insyaAllah banyak lagi inovasi akan dikeluarkan oleh SCRUT untuk membantu masyarakat mendepani kejahatan kaum penindas yang sentiasa mencari peluang meneruskan agenda bangs4t mereka.

Tahun ini, SCRUT telah membangunkan laporan kemalangan kereta terpakai yang diberi nama SUR (SCRUT Usedcar Report) dan SCRUT aRMy. Semua ini dengan niat dan tujuan untuk menjaga hak rakyat marhaen iaitu pengguna. SCRUT naik dengan anda, SCRUT sentiasa bersama masyarakat! Ohya, report kereta recond juga dah upgrade, SCRUT dah buat Advanced Japanese Auction Report (AJAR) untuk kereta yang gagal ditemui sistem JAR.

Jadi, korang nak pilih siapa? SCRUT atau seller?

Get SCRUT before WE get SCREWED!

SCRUT for the TRUTH!

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid023TFNpL4vRW9BKszdGrKKRjzkytFG3PiVQCF7xq5CZKijsJ6yBWoXNDZ6BiDLxXMzl

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with