Mesti ada antara kita yang hantar kereta untuk servis tapi sebenarnya tak tahu apa pun yang diperiksa kan?
Hantar saje kereta ke bengkel.
Bila dah siap… ambil dan bayar je!
—
Ada 3 jenis servis kereta yang anda perlu tahu.
1. Basic car service
Pakej ni sesuai bagi pemandu kereta ber-mileage tinggi.
Yang pandu 30,000 km atau lebih dalam setahun. Kereta perlukan lebih dari satu servis dalam setahun.
Pakej basic ni termasuk tukar minyak, tukar filter dan periksa komponen utama macam lampu, tayar dan wiper kereta.
Minyak pelincir, minyak brek dan apa-apa cecair sekiranya ada kebocoran akan diperiksa atau ditambah.
.
2. Minor car service
Bagi minor car service pula selalunya dilakukan setiap 6 bulan atau setiap kali capai 10,000 kilometer.
Sesuai untuk kereta yang milleage rendah dalam setahun. Mungkin perlu servis maksimum 2 kali je setahun.
Tukar air filter, pemeriksaan spark plug bagi kereta petrol atau filter minyak bagi kereta diesel.
Inspection yang lebih teliti pun akan dilakukan untuk brek, shock absorber dan aircond.
Komponen elektrikal macam bateri, alternator dan starter motor akan diuji. Radiator dan coolant pun akan diperiksa.
.
3. Major car service
Bagi major car service pula, sesuai dilakukan setiap 24 bulan atau bila dah capai 40,000 km.
Pakej ni paling komprehensif sebab ia termasuk semua perkara dalam minor service.
Paling utama adalah cecair brek. Lama kelamaan, cecair brek boleh tercemar dan menyebabkan brek kurang efektif.
Bahaya tau!
Cabin filter pula lama-lama akan tersumbat dengan kotoran dan habuk, kena tukar untuk pastikan udara bersih.
—
Sekarang baru lah kita lebih mahir pasal servis kereta ni! Kalau anda nak hantar kereta servis di Bengkel Scrut Auto, boleh tempah sekarang!
Isnin – Sabtu: 8.30 pagi sampai 5.30 petang
01116222987
0342665556
Booking Online for Service :
SCRUT AUTO SDN BHD
232, Lorong Auto Nibong Taman U-Thant,
Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur.
Original post: https://www.facebook.com/myscrutauto/posts/330551585283692