Entahlah..
Dari hari pertama SCRUT lahir, tiada mana-mana badan kerajaan atau melalui agensi, mahupun pihak yang mewakili kerajaan yang mengiktiraf usaha SCRUT.
Tiada.
Yang ada hanya kalian! Korang! Anda semua!
Rakyat marhaen dan masyarakat yang telah ditipu dan ditindas oleh kapitalis-kapitalis automotif jahat.
Koranglah..
Koranglah yang memaksa para seller dan broka untuk tunduk kepada kemahuan korang.
Anda semua..
Anda semualah yang memberikan idea untuk kami membangunkan Sii (SCRUT integrity inspection) yang menjadi kepercayaan masyarakat.
Bila para seller dan broka bertanya, siapa yang iktiraf SCRUT?
Korang boleh jawab, kami yang iktiraf SCRUT. Kami, masyrakat yang tidak mahu ditipu oleh kapitalis-kapitalis jahat.
Kami, rakyat marhaen yang mahukan SCRUT menjaga integrity industri ini. Selama ini segala badan dan agensi wujud, kami tetap ditipu.
Hari demi hari, masyarakat makin pandai dan makin celik. Mereka telah terdidik untuk meminta hak mereka. Kalau para seller atau broka tidak mahu menunaikan permintaan mereka, mereka akan tinggalkan.
Alhamdulillah. Makin ramai seller dan broka yang menghargai kami dan bekerjasama dengan kami untuk memastikan kepuasan pembeli.
Sehingga hari ini, Uncle masih ingat,
“SCRUT lahir dari roh marhaen yang telah ditindas selama ini..
SCRUT telah disaman, diancam, diugut dan cuba dijatuhkan oleh mereka yang mahu menghapuskan kami.
SCRUT masih terus berdiri dan melawan. Selagi mana roh marhaen masih bersama kami. Saman dihantar, kami hadap. Peluru dikirim kami tak gentar. Ugutan dan ancaman tak kami hiraukan.
Demi Allah, kami takkan berundur. Biar mati melawan, dari mati pondan!
Get SCRUT before WE get SCREWED!
SCRUT for the TRUTH!
——Wajib Baca!—-
1. Nak check auction report kereta recond?
2. Nak view kereta-kereta yang cantik ikut syarat SCRUT?
3. Nak inspection kereta anda? Used atau recond? Untuk tujuan jual atau beli?
4. Tips beli kereta recond atau used car.
5. Nak jadi gang SCRUT? Dapatkan tshirt SCRUT.
6. Nak SCRUT company?
7. Nak renew insurance, roadtax, lesen dan tukar nama kenderaan?
8. Nak bersedekah dan infaq di tempat yang dipercayai?
9. Nak tuntut kerugian melalui peguam bertauliah?
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/1153849221766922
Kamal Akbar says:
Saya sokong team ni…ramai yang tertipu bila nak beli kereta recond..dan used ..saya pun dah terkena…harga ibarat beli body kereta..engine hancur..tak sampai sebulan..saya akan sokong team tuan…