Kami ada terdengar beberapa seller yang baik mengeluh yang SCRUT tak mesra seller. Sebenarnya tidak. Kami dah bangunkan SCRUT Listing (scrut.my/listing) untuk para seller iklankan kereta-kereta jualan mereka yang berkualiti mengikut syarat kami.
Ada 3 kategori syarat kami untuk masuk SCRUT Listing (scrut.my/listing)
1. Kereta recond dari Jepun.
• Mesti ada auction report yang dibeli dari SCRUT (www.scrut.my).
• Bergred 3 (latest date) ke atas dan mileage kurang dari 100,000kms.
2. Kereta recond dari UK.
•Mesti ada MOT report yang dibeli dari SCRUT (www.scrut.my).
•Bukan kereta curi. (Not Stolen)
•Bukan kereta dibawa lari dari hutang. (No Outstanding Finance)
•Mileage tidak lebih dari 40,000 batu (miles).
3. Used car, kereta recond tiada report di SCRUT dan lain-lain.
•Kesemua kereta-kereta ini, boleh masuk SCRUT Listing (scrut.my/listing) sekiranya telah melakukan SII (SCRUT Integrity Inspection) di SCRUT AUTO dengan syarat mereka mendapat grade C, B atau A sahaja.
—-
Semalam ada seorang seller datang jumpa kami. Dia tanya kami, kalau kami dah terbeli kereta R di Jepun atau takda report SCRUT macam mana? Kami dah repair. Tapi tak boleh masuk SCRUT LISTING.
Ya, kami faham. Itu sebab namanya recond car. Reconditioned car atau dalam bahasa Melayu kereta dah diperbetulkan. Maksudnya penjual dah repair atau ganti mana-mana parts yang dah rosak.
Sebab itu kadang-kadang auction report di Jepun juga ada yang berubah. Ada yang naik grade. Mula-mula grade R, kemudian dia balik repair, ganti dan touchup, naik grade 4.
Atas permintaan tersebut, kami bangunkan SII (SCRUT Integrity Inspection) dengan 120 points check oleh pakar-pakar yang berpengalaman. Pemeriksaan SIi ini dilihatlebih strict dan menyeluruh untuk memberi grade yang bersesuaian dengan keadaan dan kualiti kereta ketika dihantar.
Maka, buat sesiapa sahaja yang nak jual kereta atau beli kereta. Nak kami inspect kereta sebelum dibeli? Nak kami gradekan kereta anda sebelum dijual. Nak masuk SCRUT Listing?
Boleh hantar terus ke SCRUT AUTO untuk buat SII. Harga RM350 siap dengan cucuk OBD.
Jika booking online di https://inspect.scrut.my hanya RM345 sahaja!!
Jadi, jangan kata kami tak bagi solution? Kami dah bagi penyelesaian dengan menurut cadangan-cadangan masyarakat dan kawan-kawan yang progresif.
SCRUT ini milik rakyat. Milik anda semua. Kami mendengar, menerima dan berusaha menjayakan idea-idea anda semua! Terima kasih kalian!
Tolong sampai-sampaikan posting ini kepada para seller yang baik lagi beriman di luar sana. Ohya, korang yang nak jual kereta pun boleh iklan dekat SCRUT Listing dengan syarat ada SII dengan grade yang baik!
Gambar-gambar di bawah adalah dokumen dan checklist SII.
1. Full check list.
2. Check list dengan gambar.
3. Gambar-gambar bahagian wear and tear, perlu ditukar/diganti.
3. Sijil keputusan SII.
4. *QR code yang ditampal di kereta yang telah buat SII.
*Anda boleh scan QR code tu untuk memastikan report atau sijil SII tidak dipalsukan. QR code tersebut akan membawa anda masuk ke dalam system SCRUT.
Jika tidak tally dengan report yang ditunjukkan. Ketahuilah mereka menipu dan report dan qr code tersebut adalah palsu!
Towards the world of integrity!
Get SCRUT before YOU get SCREWED!
SCRUT for the TRUTH!
Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/945129582638888
ZAMRI ABD MALIK says:
HAI BOSS..MACAM MANA SAYA NAK CEK TOYOTA ALPHARD YANG SAYA DAH BELI, ADAKAH MILEAGE DAH DI UBAH ATAU TIDAK?
Yeoh boon wong says:
How to check the vellfire car is adjusted mileage before buy?