Petang tadi lebih kurang jam 2:30 petang, pasangan suami isteri, saudara Ng dan saudari Tan telah mengadakan sidang media di SCRUT AUTO di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Kisahnya bermula begini, Puan Tan telah membeli sebuah kereta baru GLC Coupe 300 SUV pada Mei 2022. Dia telah terlibat dengan kemalangan sekitar November 2022 mengakibatkan bahagian depan kanan keretanya rosak.
Keretanya telah dibawa ke Hap Seng Star (HSS) untuk diperbaiki. Selepas 1 bulan digunakan setelah dibaiki, kereta tersebut dirasakan terdapat masalah mekanikal. Banyak bunyi-bunyi pelik. Dia telah bawa ke Cycle & Carriage Bintang (CCB) untuk diperiksa.
Puan Tan telah email Mercedes Benz Malaysia (MBM) tetapi permintaannya untuk MBM sendiri melakukan pemeriksaan ditolak dan disuruh pemeriksaan dibuat oleh HSS. Puan Tan telah ditunjukkan ketidaksamaan alat ganti ketika di CCB. Mungkin itulah punca dia mengejar MBM.
Puan Tan sekali lagi memanggil MBM, CCB, HSS dan wakil pihaknya untuk bersama-sama buat pemeriksaan. Dia mencadangkan ia dijalankan di CCB. Tetapi MBM menolak. MBM mahu ia dijalankan di HSS.
Malangnya HSS tidak membenarkan wakil Puan Tan (seorang mekanik profesional berpengalaman lebih 10 tahun) untuk menjalankan pemeriksaan mewakilinya. Kecewa dengan keadaan tersebut, pihak Puan Tan telah menghubungi SCRUT AUTO untuk pihak kami menjalankan pemeriksaan Sii (SCRUT integrity inspection).
Nota : Yelah, Puan Tan dan suami bukan mekanik mahupun jurutera kan?
Kereta tersebut dibawa ke SCRUT AUTO, pemeriksa kami (inspector) telah menjalankan pemeriksaan Sii seperti biasa dan mendapati berapa alat ganti tidak menggunakan alat ganti tulen (original) Mercedes. Tidak sangka hal tersebut membuatkan Puan Tan dan suaminya benar-benar marah. Mungkin setelah beberapa siri negosiasi (perbincangan) mereka yang telah gagal barangkali.
Mungkin kerana rasa ditindas dan tertipu, pasangan suami isteri ini telah melantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang. Tujuannya membuat sidang media adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat untuk bangkit melawan kapitalis jika ditindas.
Kenapa sidang media buat di SCRUT AUTO?
Pihak kami dihubungi oleh pihak Puan Tan yang mereka nak mengadakan sidang media di SCRUT AUTO. Takkanlah kami nak menolak permintaan pasangan marhaen yang mahu bangkit melawan kapitalis besar HSS. Sudah pasti kami tiada masalah. Mungkin mereka rasa aura kami melawan kapitalis jahat bersama-sama mereka, dekat dengan jiwa mereka.
Pihak SCRUT telah memberi komitmen dan komited untuk mempertahankan laporan pemeriksaan kami di mana-mana mahkamah. SCRUT sebagai entiti bebas tiada masalah untuk memberi pandangan berdasarkan ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Lagipun telah beberapa kali pemeriksa kami dipanggil untuk membantu mahkamah.
Jika SCRUT disepina, kami akan hadir. Tidak lari dan tidak berganjak. Rujuk balik kenyataan media mereka di bawah. Nanti video-video lain dinaikkan untuk semua pihak menilai.
Apa pun, nak beli kereta? SCRUT dulu!