
Anak kepada Raja Gula Asia, Kuok Hui Kwong, dilantik secara rasmi sebagai CEO Shangri-La Asia bermula 1 Ogos 2025.
Ya! Anak Robert Kuok. Kalau kau pernah beli gula, secara langsung kau dah “sponsor” dia dari kecil.
Tapi kita bukan nak cerita pasal gula, kita nak cerita pasal GAJI DIA YANG MANIS sangat.
Bayangkan, RM312,000 sebulan.
RM10,400 sehari..
RM433 sejam..
RM7.20 seminit..
12 SEN SETIAP SAAT..
Setiap kali kau kelip mata dia dah dapat lebih dari harga teh tarik kau!
Dan itu belum masuk bonus prestasi & pencen yang confirm lagi manis dari manisan pencuci mulut kat hotel Shangri-La tu.
Nak tahu juga apa kelayakan dia.
Cukup tak 3 senarai aku bagi ni?
1. Pengarah Eksekutif sejak 2016
2. Pengerusi sejak 2017
3. Anak Robert Kuok sejak lahir
Hebat tak hebat? Tak perlu hantar resume kat Jobstreet pun. Dia “inherit-street” je. Korang faham tak? Kita ni rakyat marhaen nak dapat kerja susah kan?
Tapi tidak mengapalah, bapa dia bilionair kan. Cuma zaman bapa dia ni naik waktu tu zaman siapa jadi Perdana Menteri kalau korang bijak pandai?

#SCRUT#broscrut#scrutreportselamatkanaku#scrutnews#scruttroll#scrutdulu
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid0kYX84MVvTMzQbDHLSrhWdYEaMQkZjj9wpJkbTfKGpSQQS9FDyqtAdxQNfhNR5oMfl
You must be logged in to post a comment.