“Tak perlu pun scrut ni! Banyak lagi ‘Platform’ lain di pasaran”.

Admin
in Real Story, SCRUT On Media
Jan 23 ·

Aku ada ternampak komen macam ini di hantaran Jebon. Betullah orang kata, siapa yang jadi idola kita tu akan menunjukkan siapa diri kita.

Aku tiada masalah jika pelanggan lain nak dapatkan laporan dari tempat lain, SCRUT ni dibina bukan untuk kaut keuntungan. Tapi untuk beri kesedaran pada masyarakat.

Sebelum beli kereta, pastikan buat semakan dahulu.

Tapi jika ada yang cuba untuk menjatuhkan SCRUT, aku kena pertahankan. Apa dapat untuk percaya pada penjual kereta penipu atau sekutu dengannya?

Bukankah patutnya mereka berasa lega SCRUT ada kerana membongkarkan penipuan. Melainkan dia orang ni penipu. Kerana penjual kereta penipu je yang tak suka SCRUT.

Untul video ni bawah ini pun, pada awal video kes ni pernah viral dan aku pernah hubungi Bro Wong untuk minta no telefon mangsa, namun dia tidak beri.

Aku dah syak yang pelik-pelik lah kenapa taknak beri kan. Ke sekadar lakonan sahaja? Wallahualam.

Yang pasti, nak beli kereta terpakai, SCRUT dulu!

#broscrut #scrutcheckdulu #scrutdulu #scrut

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/videos/1812945075971298/

    Leave a Reply
    created with