Baru-baru ini ada pengikut SCRUT hantar video ini dekat aku. Bila aku tengok beberapa kali, cuba cari siapa yang salah. Aku yakin eksiden ini berlaku di luar negara.
Bahaya sangat bila kereta terhenti di tengah jalan dan kita tidak tahu nak buat tindakan apa. Yelah, mestilah panik kan. Aku akan kongsikan beberapa tips yang mungkin berguna jika korang menghadapi situasi sebegini.
1. Cuba untuk berhenti dengan selamat.
Bagi signal awal, perlahan kan kereta dan cari bahu jalan atau kawasan selamat. Elakkan berhenti di selekoh atau lorong laju.
2. Pasang Lampu kecemasan dan letak segi tiga merah.
Biar pemandu lain nampak dari jauh. Letak segi tiga keselamatan sekurang-kurangnya 50–100 meter dari kereta.
3. Jangan berdiri di tengah jalan.
Keluar dari kereta perlahan dan berdiri di kawasan selamat. Ingat, nyawa lebih penting dari kereta.
4. Hubungi bantuan PLUS atau mana-mana syarikat pengendali lebuhraya.
Hubungi towing, bengkel atau hotline insurans. Simpan nombor penting sebelum terjadi kecemasan. Lebih mudah nanti jika terjadi kecelakaan.
Kepada pengguna jalanraya lain juga, berwaspadalah, jangan jadi macam situasi dalam video ini. Kesian aku tengok pemandu wanita itu.
Jika dah nampak terhenti dalam keadaan luar biasa tu, korang ambillah langkah berjaga dengan perlahankan kenderaan.
Ingat, nyawa untuk pakai sekali. Kereta boleh diganti. Apa-apa pun SCRUT dulu jika tak nak tertipu beli kereta bekas kemalangan atau “total loss”.
#SCRUT #scrutcheckdulu #MindaSkeptikal #BONGKAR #misteri #tips
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/videos/1774487836543413/
You must be logged in to post a comment.