Setiap hari mesti pakai kereta nak pergi kerja, hantar dan ambil anak sekolah, ke kedai makan dan macam-macam lagi.
Tup tup, minyak habis dah! Kenapa cepat sangat minyak habis?
Meh kita share tips yang boleh bantu anda untuk jimat minyak kereta.
.
.
TIPS UNTUK JIMATKAN MINYAK KERETA
1. Pandu dengan kelajuan yang sesuai
Bila bawak kereta dengan kelajuan yang tak terlalu laju dan secara steady atau konsisten, anda boleh mengurangkan penggunaan minyak.
Kelajuan yang sederhana adalah 70km/j hingga 90km/j.
.
2. Kurangkan berat
Ha bila balik kampung atau pergi bercuti, confirm kereta lebih muatan sebab banyak sangat barang yang dibawa!
Sama juga dengan penumpang, kalau kereta ada 5 seat tapi bawak 10 orang memang terlebih berat dah. Minyak cepat habis dan boleh menyebabkan masalah-masalah lain jugak.
Satu lagi, tengok sikit dalam kereta tu ada tak benda-benda yang tak perlu. Ada air satu tong ke, barang-barang tak guna dalam bonet ke. Kasi clear semua tu.
.
3. Angin tayar yang mencukupi
Pastikan anda isi angin tayar yang mencukupi dan pilih tekanan yang betul. Kena ikut spesifikasi kenderaan anda.
Kalau tayar tak cukup angin, kereta jadi lagi berat dan bila nak tambah kelajuan kena tekan minyak lebih.
.
4. Isi minyak pada waktu redup atau pada waktu malam
Bila cuaca panas dan kita isi minyak, kadang-kadang kita boleh nampak wap atau haba petrol tu.
Maksudnya petrol dah hilang sebab ditelan angin. Jadi, lebih baik isi minyak pada waktu redup atau malam.
.
5. Matikan enjin ketika menunggu
Ini memang tabiat yang orang ramai dah terbiasa. Bila tengah tunggu orang kat dalam kereta, biar je enjin berjalan dan pasang aircond.
Lagi lama tunggu, lagi banyak minyak digunakan.
.
.
6. Jangan kerap tekan brek
Siapa suka kejap-kejap brek ni ha? Bila bawak laju-laju lepas tu brek mengejut.
Bila brek banyak kali, anda kena tekan minyak semula untuk bagi kereta bergerak dengan laju. Memang banyak lah minyak digunakan.
.
.
Hantar kereta ke Bengkel Scrut Auto!
Isnin – Sabtu:
8.30 pagi sampai 5.30 petang
01116222987
0342665556
Booking Online for Service :
SCRUT AUTO SDN BHD
232, Lorong Auto Nibong Taman U-Thant,
Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur.
Original post: https://www.facebook.com/myscrutauto/posts/267429511595900