Apabila laporan SCRUT menunjukkan mileage lagi tinggi, tetapi laporan yang penjual berikan lagi rendah. Pasti laporan penjual adalah fake (palsu), tipu atau sudah diubah.
Mana mungkin bacaan mileage yang sudah tinggi boleh berkurang. Mana ada kereta mileage menurun. Kereta yang sama, model sama, nombor chasis sama, takkan tiba-tiba mileage lain.
Secara logiknya bacaan mileage pasti meningkat jika katanya laporan daripada penjual adalah yang terkini. Tetapi apabila laporan penjual mileage-nya lebih rendah, pasti dan pasti memang menipu.
Apa pun, terpulang kepada pembeli, nak percaya SCRUT atau penjual. Kalau nak percaya penjual silakan. Cuma Uncle tertanya-tanya, dah kenapa nak semak lagi. Beli jela terus. Maksudnya SCRUT lebih dipercayailah kan?
Betul tak?