Haritu kita bagi 5 buah kereta Honda recond yang rare.
Kali ni kita bagi 7 buah kereta Toyota recond yang berbaloi untuk anda beli!
Kalau ada plan nak beli kereta recond Toyota, boleh la tengok mana yang berkenan dari senarai ni
—
1. Toyota GT86
Toyota ni adalah hasil dari model Toyota AE86 Initial D dan telah re-produce semula, collaboration dengan Subaru. Toyota ni juga hasil re-batch model Subaru BRZ. Sports car ada dua pintu, memang sesuai lah untuk yang berjiwa muda! Harga bagi recond untuk tahun 2017 atau 2017 antara RM130k hingga RM140k.
.
2. Toyota CH R
Toyota CH R ni sejenis SUV yang nampak sporty! Sesuai juga untuk yang ada family sebab interior yang luas. Kereta ni berenjin turbo kalau dapat yang specs Jepun. Jimat roadtax dan minyak!
UMW Toyota Malaysia dah stop production untuk model CH R sejak hujung tahun lepas (2020). Nak dapatkan yang baru lepas ni mungkin susah sikit. Tapi, recond punya masih boleh beli! Harga recond untuk tahun 2016 atau 2017 dalam RM140k hingga RM150k.
.
3. Toyota Harrier
Toyota Harrier ni adalah SUV mewah! Model yang paling baru pada tahun 2020 hanya ada di Jepun je. UMW Toyota Malaysia jual Toyota Harrier pada harga RM250k. Mungkin agak mahal bagi sesetengah orang. Jangan risau, harga recond sudah tentu lebih murah!
Toyota Harrier ni adalah re-batch dari model Toyota Lexus RV (2013) dan ada dua specs iaitu: Elegance dan Premium. Harga recond bagi spec Elegance ialah RM160k hingga RM170k dan spec Premium boleh dapat dalam RM170k hingga RM180k.
.
4. Toyota Estima
Siapa tak kenal Toyota Estima? Kereta Toyota paling legend! Mula dikeluarkan dari tahun 1990 hingga tahun 2019. Production bagi model ni dah ditamatkan pada tahun lepas (2020).
Toyota Estima adalah MPV 7 seater memang sangat sesuai untuk family kerana besar dan selesa. Sangat Hot Selling sebelum Toyota Alphard dan Toyota Vellfire muncul tapi saiznya lebih kecil berbanding dua ni.
Harga recond untuk model Aeras tahun 2016 atau 2017 dalam RM160k hingga RM170k. Harga recond bagi model Aeras premium pulak dalam anggaran RM180k hingga RM190k.
.
5. Toyota Wish
Toyota Wish juga adalah MPV 7 seater dan sebuah family tetapi lebih modern. Model ini diperkenalkan pada tahun 2009 dan dah tamat production pada tahun 2017. Memang makin rare lepas ni! Tapi, anda masih boleh beli recond yang berharga dari RM90k hingga RM120k. Sangat murah untuk sebuah MPV dan yang paling best, jimat minyak!
.
6. Toyota Alphard & Vellfire
Dua-dua model ni memang famous lah kat mana-mana pun. Kita selalu nampak orang-orang VIP atau artis-artis yang pakai kereta ni. Sebuah kereta MPV pilihan untuk semua keluarga sejak tahun 2002. Kalau nak cari yang recond, harga anggaran dalam RM150k hingga RM250k. Cari yang specs Jepun sebab teknologi lebih advanced dan best!
.
7. Toyota Voxy/Esquire
Toyota Voxy dan Toyota Esquire ni adalah sebuah MPV Midi Compact. Kedua-duanya adalah model yang sama tapi reka bentuknya lain. Model ni memang jarang nampak kat Malaysia sebab ramai ambil Toyota Alphard atau Vellfire. Harga recond untuk Toyota Voxy dan Esquire bagi tahun 2016 atau 2017 dalam RM130k hingga RM140k. Lebih murah dari Alphard dan Vellfire!
—
Semoga senarai ni boleh bantu anda jumpa Toyota pilihan hanti! Sebelum beli kereta recond, jangan lupa untuk SCRUT dulu!
—
1. Nak check auction report kereta recond?
2. Nak view kereta-kereta yang cantik ikut syarat SCRUT?
3. Nak inspection kereta anda? Used atau recond? Untuk tujuan jual atau beli?
4. Nak SCRUT company?
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/1086751378476707