Toyota Supra bukan Lamborghini

Admin
in Real Story, SCRUT On Media
Mar 19 ยท

Toyota adalah jenama buatan Jepun, manakala Lamborghini jenama buatan Itali.

Menurut laporan SCRUT Usedcar report (SUr), kereta tersebut tidak dilaporkan pernah mengalami kemalangan.

Tetapi telah tukar cermin depan (windscreen) banyak kali. Jadi, kalau nak beli kereta itu, kena usya lebih sikit bahagian “frame” cermin depan tu.

Takut salah pasang, berkarat, kemudian bocor di situ. Selalu itulah isunya. Dah banyak kali berlaku. Itu sebab kita keluarkan laporan windscreen dalam laporan.

Cuma, berdasarkan analitik SCRUT, kereta Supra tersebut berharga lebih kurang RM267,000 sekarang ini. Ya, memang mahal. Uncle tak mampulah. Uncle tak kaya.

Tapi, kalau nak banding dengan Lamborghini masih jauh beza. Uncle tahu adik ini nak sampaikan, tak belajar tinggi macam jebon pun takpa, tetap boleh berjaya.

Cuma adik, tengoklah cara jebon-jebon tu berjaya. Majoriti menipu, mencuri, makan rasuah, jual diri, porex, buat scam, cuci duit haram, buat pemasaran jijik, kutip derma, pakai dato scam, buat judi dan jual d4d4h.

Orang jadi cikgu bukan nak jadi kaya raya. Tapi, nak ada kerjaya yang profesional, dihormati, dan mahu mendidik anak bangsa sehingga berjaya. Adik pun belajar membaca, mengira dan menulis di sekolah kan?

Semalam baru bos Uncle tulis pasal Shaq. Shaq takda Koenigsegg. Bukan sebab dia tak mampu. Tapi dia tak muat. Tapi dik, Shaq ada ijazah, master dan PhD tau. Shag lagi kaya dari hang!

๐Ÿ™‚

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid0T6QPAnDr81mKi76SJ7RJNYTEJmoFyCFn77GGTWJNzDCCNbDnUshYX2QdqgbpqnhCl

    Leave a Reply
    created with